Tahniah, Badak Untuk Adikku!

Rasanya mungkin petang tadi dikeluarkan keputusan UPU. Menjelang petang aku dimaklumkan adik aku, Ameera berjaya menempatkan diri di UiTM untuk Diploma Komunikasi dan Pengajian Media. Nampaknya seorang lagi anak arwah Khairi dan Puan Siti Zainiah, cucu Datuk Sulaiman dan Datuk Tak menjebakkan diri ke arena komunikasi massa selepas yang lain-lain sibuk menjadi peguam dan fashionista.

Syukur, dapat juga setelah sehari sebelum sessi temuduga kena lepuk dengan aku sedas-dua. Juga masa mengisi borang UPU pun kena hempuk jugak. Bukan sebab aku ini semulajadi baran, tapi soalan yang dia tanya itu mendatangkan kemarahan memuncak di kala itu. Mungkin berkat mama dan Ali temankan dia ke Shah Alam dan sengsara menunggu waktu temuduga sampai tak sempat sarapan dan makan tengahari dibalas dengan berita gembira ini. Jadi berbaloilah aku memaki seorang CEO kolej swasta kerana memberi penerangan palsu yang hampir menjebak kami mendaftarkan dia ke situ.

Dan pasti Cikgu Wan Zawiah akan cakap – ish, samalah adik beradik nie susah payah belajar akaun tapi tak menghala ke sana. Tak apalah..yang penting ada kemajuan hatta belajar memasak sekalipun.

Kesian Tok Mama duduk sorang lepas nie 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *