Tahniah Ameera – It’s Your Day!

whatsapp-image-2016-11-08-at-16-00-51

8 November 2016 – apa juga berlaku hari itu, tema dan konsepnya tetaplah it’s your day!

Kalau ikutkan aku memang tak boleh nak confirm kehadiran ke majlis konvo Ameera. Sibuk satu perkara, cuti yang menyusut pun satu perkara juga. Selain itu, bulan ini sendiri aku sudah memohon cuti untuk agenda aku pula minggu hadapan.

Jadi bila dia cakap, “Iyalah..konvo diploma aje, siapalah kita…” agak bisa juga telinga aku menangkapnya.  Aku faham, hari itu sewajarnya diraikan satu keluarga, sementelah wang ringgit aku juga ada terjerumus kepada dia dalam memastikan dia habis belajar.

Ish, kalau aku ungkitlah balik kisah dia ni masa sendu pilu tak mahu sambung belajar, nak kerjalah, nak cari rejekilah – itu semua memanglah satu kisah yang penuh sabar aku dan mama melaluinya. Sebab itu aku tak kisah sangat dia ambil cuti rehat satu semester. Aku faham sangat..tambahan pula kalau geng sekelas lain sikit mazhabnya. Asal dia dapat diploma, kami semua ikutkan sahaja.

Lama-lama tu, dia mula serasi dengan jurusan yang dia ambil. Banyak tanya pada aku apa yang perlu dibuat dan macam mana hendak buat presentation yang lain daripada yang lain. Banyak juga aku bantu mana yang daya.

Dia banyak jadikan aku sebagai contoh. Nak ambil Masscomm pun sebab dia nampak apa yang aku buat. Padahal aku bukanlah cemerlang mana..The fact that dia nampak aku pada satu tingkat yang lain pun sudah buat aku rasa happy.

Aku lega sebenarnya. Berjaya juga aku tunaikan amanah arwah abah. Tapi belum selesai lagi semua ini sebab perjalanan mengejar ilmu ini tak pernah habis. Bukan untuk kau, tapi untuk aku juga.

Aku selalu cakap, mama dan abah takde tinggalkan apa-apa untuk kita. Carilah sendiri. Tapi dalam pada nak cari semua itu, kita kena lengkapkan diri kita dengan pendidikan. Memanglah belajar itu susah. Tapi hasilnya? Insyaallah akan mendapat balasan yang setimpal. Tuhan maha mendengar.

15025591_10154318476939335_1851087959386558073_o

It’s your day, Ameera…raikanlah 🙂 Tak jadi soal diploma aje, ijazah aje hatta sijil kemahiran sekalipun. Untungnya engkau dik, dapat teddy bear sebesar orang! Ada sesi bergambar dengan keluarga dan 2 jambangan bunga.

Berbanding akak masa konvo dahulu, situasinya sangat berbeza. Baharu sahaja tamat pengajian ijazah, abah pula meninggal dunia. Sebaik sahaja balik dari urusan pengebumian abah tengah hari itu, surat jemputan ibu bapa ke majlis konvokesyen pun sampai. Aku ingatkan dalam skrip drama aje ada jalan cerita sedih back to back macam ini tapi bila jadi pada diri aku sendiri memang aku rasa langit runtuh. Sekeping gambar pun takde, kecuali gambar yang diambil oleh pihak universiti. Aku memang takde perasaan langsung.

Tetapi konvo master sangat indah… Mungkin itu rezeki aku 🙂

Jadi Ameera, akak ucapkan tahniah. Sekarang ini, habiskan pengajian agar cemerlang masa konvo Sarjana Muda nanti. Tak dapat 1st Class pun takpe, dapatkan bintang. Itu yang akan membezakan sesi konvo kau dengan rakan-rakan yang lain.

It’s your day!

whatsapp-image-2016-11-09-at-10-54-49

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *