Tahlil Untuk Arwah Abang Azaha Rasadi..

image

Pagi semalam,Seksyen Ehwal Semasa TV mengadakan bacaan tahlil untuk arwah abang Azaha. Genap 2 tahun dia pergi mengadap tuhan yang satu. Terasa baru sekejap aku anjurkan majlis seumpamanya tahun lepas. Seolah baru sahaja SES berkumpul,dijamu bubur dan potluck ikhlas rakan-rakan.

Alang-alang bermajlis,disekalikan dengan kiriman doa buat ibubapa yang telah pergi dan beberapa rakan lain,termasuk arwah Khairil Nizar. Terima kasih pada Mejar Yusof kerana sudi mengepalai majlis bacaan semalam.

Perasaan sedih memang aku susah nak bendung. Arwah Azaha teman melepak dan bersembang. Terasa ingatan aku kembali saat aku masuk SES. Dia antara yang banyak membantu. Aku kerap berhubung dengannya setiap kali ada lintas langsung hari Sabtu. Semua orang terasa dengan kehilangan arwah kerana dia insan yang senang didekati..

Walaupun ramai tidak dapat hadir kerana outstation dan kerja, majlis tetap berlangsung seperti yang direncanakan. Terima kasih pada Remy yang menjadi penganjur kerana tidak melupakan aku dalam senarai jemputan. Juga rakan-rakan yang membawa makanan. Maaf sangat aku tak punya kudrat nak masak bubur. Insyaallah, tahun depan aku usahakan.

Semoga Allah mencucurkan rahmat pada arwah-arwah yang pergi sebelum kami..

Al-fatehah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *