Tahi Ayam Bersepah Di Kaki Jalan

before-chat

Hidup memang tak adil bila nasib sering tidak menyebelahi kita. Lebih tak adil, bila kita merasakan sesuatu keputusan itu seakan mencabar kerasionalan yang ada.

Daripada berita gempa bumi di Nepal, cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak, kemalangan maut di DUKE, pilihanraya kecil Rompin dan pelajar pintar aset negara berpotensi pedofilia – semuanya memberikan aku reaksi yang pelbagai. Oh, termasuklah jawapan menteri pasal kad prabayar dan GST. Memang rasa nak tampak sticker #MyviFamilia aja dengan berita-berita “terkini’ yang melingkari kehidupan kita dewasa ini.

Betullah….
Tahi ayam bersepah di kaki jalan. Sedangkan memakai selipar jamban alangkan terpijak jua, inikan pula berkaki ayam!

Of all the tahi seladang, the busuk-busuk one berulat-ulat sampah menggeletis adalah berita aset negara potensi pedofilia yang didapati bersalah kerana memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London. Kau ingat untuk dapat koleksi 30,000 itu sekali hadap zipfile boleh dapat semua? Tak mahunya….ia menuntut komitmen, kesungguhan yang tinggi, perasaan nafsu yang bergelodak entahkan ada pergerakan tangan di tempat lain semasa usaha “pencarian” dijalankan. Lebih babi sial nakharom kecenderungan seksual sebegitu dipertahankan dan masih mendapat tajaan biasiswa.

Oh, sebab kau pandai matematik kau aset negara? Sepandai-pandai makhluk lain yang memerintah pun huru-hara kewangan negara setakat hilang kau sorang apadehal?

Jadi beritahulah aku mereka yang mencadangkan biasiswa dia tidak ditarik balik, kalau dia jadi cikgu, berani kau lepaskan anak kau belajar dengan dia?

Ya, aku tahu dia sakit, mentalnya rosak, jiwanya cedera. Tang jiwa aku dan orang lain cedera tak dapat biasiswa tu siapa nak jawap? Tang potensi dia membebaskan kecenderungan seksual dia pada kanak-kanak lain tu siap nak bertanggungjawab?

Sebab itulah aku katakan tahi ayam bersepah-sepah di tengah jalan..

child-abuse-awareness-sitting-room-1024-56583

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *