Ohai, Koh Samui! – Pagi Yang Blur-Blur Lipas..

Samui Aquarium Tiger Zoo

 

Pagi itu aku bangun sedikit lewat. Mungkin kerana kepenatan, mungkin juga kerana faktor bilik yang sangat selesa. Tidak pula terasa lapar, mungkin kerana malam itu aku makan sepuas-puasnya. Jadi kami semua hanya makan bekalan roti dan tuna yang dibawa dari Kuala Lumpur. Pagi ini dimulakan dengan meronda kawasan di Lamai. Tempatnya cantik dan sangat tenang. Tidak ramai pelancong melepak di sini. Kalau pun yang ada hanya pelancong matang (veteran/berkeluarga). Tapi keadaan di sini tidak setenang Vang Vieng, Laos.

Cadangan asal mahu pergi memeluk anak harimau, tetapi harga tiketnya mahal. Seorang lebih kurang RM 70. Aku boleh keluar masuk Zoo Negara banyak kali dan memeluk penguin pun. Jadi kami hanya mengambil gambar dan merancang aktiviti seterusnya. Cuaca di sini sangat panas, dan itu membuatkan aku cepat lapar.

Berehat sebentar..

Sembang punya sembang punya sembang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik gajah. Naik gajah??

Laos : Dari Vang Vieng ke Vientiane..

Bas ini membawa aku dari Vang Vieng ke Vientiane

 

Pengalaman separa ngeri menaiki bas dari Vientiane ke Vang Vieng yang lepas membuatkan aku lebih berhati-hati untuk memilih bas. Kami membeli tiket di rumah tamu sahaja kerana mereka ada menjadi orang tengah menjual tiket bas. Kali ini kami memilih bas mini. Harapan sangat tinggi…semoga yang naik bersama kami kali ini biarlah tidak membawa ayam dan membeli baguette!

Selepas sarapan dan memulangkan motorsikal sewa, kami menanti van perantara yang akan membawa kami ke stesyen bas berhampiran. Janjinya jam 8.30 pagi. Hampir jam 10.00 pagi van tak sampai-sampai. Muka aku memang dah baran. Aku dapat rasa pemilik rumah tamu itu sendiri seram sejuk dengan reaksi aku yang menunggu masa nak meletup. Bukannya apa, aku takut tertinggal atau ditinggalkan atas kesilapan orang lain. Rupa-rupanya bas mini yang kami naiki masih dalam perjalanan ke stesyen bas, belum sampai pun lagi.

Apapun aku lega kerana bas mini ini selesa dan bersifat bas persiaran. Harganya masih sama dengan bas lompat yang aku naik dulu. Perjalanan tidak banyak kali berhenti dan pemandu bas memberhentikan bas di restoran untuk penumpang melepas hajat. Ia dibawa laju, dan kami sampai di Vientiane tepat pada masa yang dijadualkan. Cumanya bas tidak berhenti di stesyen bas, ia berhenti di stadium. Apalah punya sengal!

Kali ini kami menanti tuk-tuk, tapi tak ada satu pun yang berpemandu. Pelik..! Hari ini hari terakhir di Laos dan jadual sangat padat. Sebolehnya kami cuba untuk sampai ke tempat-tempat menarik yang ada di sini. Oleh kerana malas nak menunggu, kami mengambil keputusan untuk berjalan mencari Inner City Hotel, tempat untuk berlabuh malam ini. Mujur tak jauh sangat..Daftar masuk – kemaskan diri – dan terus keluar balik!

Lao National Cultural Hall..
Grand Canyon!

 

Kami menyewa tuk-tuk untuk membawa pusing bandar dengan harga 150,000 kip (RM 60). Itu pun kami terpaksa membatalkan hasrat ke Buddha Park kerana ia agak jauh, 45 minit perjalanan. Dalam keadaan orang balik kerja dan mengejar masa, kami hanya memilih beberapa tempat yang menarik sahaja. Apapun, misi pertama ialah ke “pasainee” – pejabat pos. Jujur aku katakan kalau aku menetap lama di sini aku boleh bertutur dalam bahasa mereka kerana bahasa Lao mudah untuk difahami. Tulisan aje aku gagal teruk. Agak mengujakan bila aku terjumpa Restoran Grand Canyon, restoran kegemaran aku. Sayangnya tak halal.

Pilih saja nak pergi mana..
Pejabat pos..

 

Urusan di pejabat pos sangat lancar. Tak perlu beratur di kaunter kerana setem boleh dibeli di kaunter pertanyaan. Setem ke Malaysia berharga 9000 kip (+-RM3.60). ¬†Aku tak hantar poskad kepada sesiapa, hatta diri aku sendiri. Satu kerana poskad di sini sangat tak menarik. Dua, aku tiada perasaan ūüôĀ

Misi pertama, kami ke Pha That Luang. Sekadar bergambar di luar. Memang kami agak terkejar-kejar hari ini. Pha That Luang ataupun Great Stupa adalah monumen nasional dan juga simbol negara Laos yang bersalutkan emas. Untuk bacaan lanjut, sila baca di sini.

Pha That Luang..

 

Kemudia kami terus ke Phatuxai. Ia juga dikenali sebagai Victory Gate atau Gate of Triumph. Menurut Hadi, US memberi sejumlah dana untuk Laos membuat lapangan terbang. Namun ia digunakan untuk membuat Phatuxai. Phatuxai ini adalah bagi menghormati pejuang Lao yang mati dalam beberapa siri peperangan. Memang bijak.. Agak semput juga aku menaiki tangga untuk ke puncak, tapi berbaloi. Di beberapa tingkat ada kedai cenderamata untuk sesiapa yang berminat. Apapun, sila tawar-menawar. Untuk bacaan lanjut tentang Phatuxai, sila baca di sini.

Phatuxai..
Pemandangan dari atas bumbung Phatuxai
Ruang legar dalam Phatuxai

 

Di luar Phatuxai, terletaknya Phatuxay Park. Apa yang menarik di sini ialah adanya sebuah ‘gong perdamaian’ yang diberikan oleh kerajaan Indonesia sebagai tanda persahabatan barangkali. Cukuplah dulu…aku agak mengantuk kala ini.

Gong Perdamaian

Antara Bangang & Bijak..

Buku yang ditukar..

 

Pada percutian yang lampau di Cambodia, aku mula menyegarkan satu tabiat membaca diusia nan pemalas nak membaca ini (kecuali buku teks wajib kelas sarjana.) Dulu aku memang rajin amat membaca. Tapi tabiat yang jarang tersemai berlalang jua akhirnya. Kini aku mula ke arah itu kembali.

Semasa berkunjung ke Laos, aku membawa sebuah buku bertajuk Kemunculan Nasionalisme : Persaingan dan Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. Buku ini aku beli di Amcorp Mall dan belum sempat aku baca lagi. Harapannya sepanjang perjalanan yang panjang dapat juga aku menghabiskan buku ini. Ya, aku berjaya habiskan..dan selepas itu rasanya nak aku lemparkan di Sungai Namsong.

Kenapa? Ia adalah terjemahan kajian oleh Anil Seal tentang politik di India. Terjemahan itu aku sifatkan “menyusah dan menjengkelkan”. Terjemahan secara terus menyebabkan kepala aku pening semasa membacanya dan ada ayat yang tak masuk akal selepas diterjemah. Apapun, aku cerna juga pengisian buku ini. Aku tak berhasrat untuk mengulang baca. Baik aku wiki sahaja jika ada ketidak fahaman di mana-mana.

Di rumah tamu yang aku sewa ada satu perpustakaan mini yang menggalakkan penyewa menukar buku mereka dengan buku sedia ada di sini. Aku memang berhajat nak tinggalkan buku aku itu. Alang-alang boleh tukar, aku tukar buku itu dengan buku Fifty Shades of Grey (yang juga sudah habis aku baca). Makanya jika ada kajian mengatakan rakyat Malaysia membaca 2 buku setahun, aku tidak masuk dalam statistik itu.

Agak menjengkelkan bila aku lihat ada katalog Zhulian terselit dicelah susunan buku. Ia ditukar oleh manusia mana entah. Seranah mula keluar dari mulut aku.

Are you fucking kidding me? Zhulian???

 

“B, sebenarnya dia bijak..tukar dengan katalog..” kata Hadi sambil tersenyum.

Aku kurang mengerti. Oh, kemudian aku faham… Mungkin aku patut bawa katalog AVON, Nutrimetics atau Alphalipid pada percutian akan datang?!?!

Laos : Tubing!

F.R.I.E.N.D.S sangat popular di sini

 

Selepas penat hampir 5 jam berpanas, petang itu kami meronda-ronda mencari makan santapan tengah hari. Seperti yang aku nyatakan dahulu, di sini yang halal hanya Restoran Nazim. Tapi tak mahulah aku makan di tempat yang sama sahaja, sementelah kedai itu mengadap jalanraya dan tidak memasang F.R.I.E.N.D.S, sebaliknya cenderung memasang ESPN.

Seperti biasa, menu aku hanya Four Seasons Pizza dan juga Kopi Lao. Hadi tetap setia dengan coconut shake. Perasaan tamak dan dahaga yang melampau menyebabkan dia terus pesan 2 gelas sekaligus. Pizza dia tak sesedap pizza sama jenis malam tadi. Seperti biasa, kami layan¬†F.R.I.E.N.D.S¬†sebelum meneruskan perjalanan mencari lokasi “tubing”. Sempat kami mengambil gambar pemandangan yang cantik di sini.

Salah satu tempat di Vang Vieng

 

Lokasi tubing ini agak susah nak cari. Ini kerana semua papan tanda ditaja oleh Beerlao. Kami tak perasan sangat sebab ingatkan restoran. Tubing ialah tayar-pelampung yang mana kita duduk dan berlayar di atasnya kira-kira 3km. Tapi aku tak buat..Selain disebabkan datang bulan, aku tak tahu berenang dan air sungai agak deras dan dalam. Cukuplah sekadar memerhatikan kegembiraan pelancong lain mabuk-mabuk dan berendut tak tentu hala.

Tubing time..

Laos : Kaeng Nyui Waterfall..

6km sangat..

 

Satu yang aku belajar di sini, jangan percaya dengan papan tanda. Ia selalunya tidak tepat dan mengelirukan. Mungkin aku berperasaan begitu kerana jalanrayanya yang beralun-alun batu bata, pasir, kerikil dan kadangkala tahi lembu menjadi perangkap tanpa mengenal mangsa. Selepas ke Pou Kham Cave dan Blue Lagoon, kami kemudiannya ke Kaeng Nyui Waterfall yang terletak kira-kira 6km dari papan tanda ini. (Chit, aku tergelak kecil menulis frasa kira-kira..)

Jalannya Ya, Allah…sangat teruk! Di tambah hujan subuh tadi menyebabkan lecak teruk. Tapi pemandangan sekeliling menyejukkan perasaan aku kala itu. Jangan merungut sangat. Aku yang pilih perjalanan ini. Redah dengan tabahlah ya, Benny!

6km itu lucu sebab rasanya perjalanan itu sangat jauh. Kemudian bila sampai papan tanda, tulisnya lagi 100 meter, selepas itu lagi beberapa kilometer dan seterusnya sampailah jumpa tol untuk masuk ke kawasan air terjun Kaeng Nyui ini. Kerana kematuan bontot yang teramat, sekali lagi kami memilih untuk berehat dibangsal (sebenarnya aku yang memilih, Hadi sudah sibuk mengambil gambar penjaja di sana.)

Berehat sebentar...sangat nyaman

 

Setelah berehat beberapa minit, Hadi kembali dan memberitahu penjaja di sana menjual tikus dan kelawar bakar.

“What..” aku bingkas bangun. Alang-alang aku bangkit, Hadi mengajak melihat air terjun dari dekat. Ketika lalu dikawasan penjaja, aku mengambil gambar dan memerhati dari dekat apa ke neraka yang mereka bakar…

Wanna bite, anyone?
Siapa makan pasti kentut bau telur tembelang..
Yang tergantung bawah payung itu ialah kelawar bakar..

 

Kemudian macam badak semput aku mendaki untuk sampai ke tempat air terjun. Sekali lagi papan tanda menguji kesabaran aku. Tapi seperti yang aku katakan, kesabaran itu diganti dengan suasana yang sangat cantik dan nyaman, iaitu Air Tejun Kaeng Nyui!

Alhamdulillah...sampai juga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...