Cayalah #TeamBlake masih kekal dengan 3 artis! Rasanya tahun nie masih milik Blake Shelton. Yeeehaw!
The Voice : Last Blind Auditions
The Voice Musim 6, episod 6 dan 7 baharu berlalu. Maka lengkaplah #TeamBlake untuk memulakan persaingan musim ini. So far aku berpuas hati dengan pilihan beliau. Ada beberapa nama yang punya vokal yang mantap memilih jurulatih lain tapi aku rasa Blake akan curi mereka dalam battle round.
Berikut antara artis yang memilih melengkapkan #TeamBlake musim ini :-





Pastinya pusingan Battle Round akan menjadi medan yang dasyat. Berdasarkan bakat-bakat yang ada, agak payah jugalah untuk memilih yang terbaik antara mereka. Apapun, teruskan sokongan untuk #TeamBlake !!!
The Voice Season 6 : Blind Auditions
Episod 3 dan 4 baru berlalu. Agak lewat aku menulis kerana beberapa hari ini aku menghindarkan diri dari media sosial. Ok abaikan itu. Teruskan kepada keterujaan aku dengan The Voice #TeamBlake dan perebutan untuk mendapatkan bakat terbaik untuk tim masing-masing.
Shakira – agak garang, agresif dan kelakar juga sebenarnya
Usher – lagak kool, lebih kool lebih memikat
Adam – keyakinan yang sangat tinggi
Blake – lebih pada menanti. Tidak membolot sangat. Mungkin belajar dari pengalaman.
Untuk episod 3 dan 4, mereka yang terpilih mewakili #TeamBlake ialah:-





Tinggal 2 episod untuk Blind Auditions..
The Voice Season 6 Premiere
Mac bermula dengan indah. Setidak-tidaknya untuk aku. Semalam aku berpeluang menonton blok pertama pemilihan rancangan TV paling popular di dunia, The Voice. Selamat kembali kepada Usher dan Shakira. NBC, terima kasih kerana mengekalkan Blake Shelton dan Adam Levine.
Tidak mahu bercerita panjang tentang pemilihan, cukuplah sekadar percakaran untuk merebut seseorang artis itu lebih agresif terutamanya oleh Usher dan Shakira. Adam masih bersifat gentlemen manakala Blake lebih berhati-hati, tidak terlalu gopoh dan menanti dengan selamba. Tapi aku yakin dalam kepala otak dia sudah ada kali bahagi siapa yang akan dicuri dalam battle rounds.
Slot pertama #TeamBlake diisi oleh Jake Worthington. Ini adalah kali kedua dia mencuba nasib dalam The Voice. Dia menyanyikan lagu “Don’t Close Your Eyes” oleh Keith Whitley. Lagu tu memang best. Secara peribadi aku tak rasa Jake boleh pergi jauh. Dia sekadar boleh nyanyi aje.
Slot kedua #TeamBlake diisi oleh Noah Lis yang menyanyikan lagu klasik lama Me and Mrs Jones. Memang sudah diduga artis seperti ini memang pilihan Blake. Siap sms Michael Buble tu yang sangat tak boleh belah.
Ada 8 lagi slot yang tinggal. Nantikan..
