Mac bermula dengan indah. Setidak-tidaknya untuk aku. Semalam aku berpeluang menonton blok pertama pemilihan rancangan TV paling popular di dunia, The Voice. Selamat kembali kepada Usher dan Shakira. NBC, terima kasih kerana mengekalkan Blake Shelton dan Adam Levine.
Tidak mahu bercerita panjang tentang pemilihan, cukuplah sekadar percakaran untuk merebut seseorang artis itu lebih agresif terutamanya oleh Usher dan Shakira. Adam masih bersifat gentlemen manakala Blake lebih berhati-hati, tidak terlalu gopoh dan menanti dengan selamba. Tapi aku yakin dalam kepala otak dia sudah ada kali bahagi siapa yang akan dicuri dalam battle rounds.
Slot pertama #TeamBlake diisi oleh Jake Worthington. Ini adalah kali kedua dia mencuba nasib dalam The Voice. Dia menyanyikan lagu “Don’t Close Your Eyes” oleh Keith Whitley. Lagu tu memang best. Secara peribadi aku tak rasa Jake boleh pergi jauh. Dia sekadar boleh nyanyi aje.
Slot kedua #TeamBlake diisi oleh Noah Lis yang menyanyikan lagu klasik lama Me and Mrs Jones. Memang sudah diduga artis seperti ini memang pilihan Blake. Siap sms Michael Buble tu yang sangat tak boleh belah.
Ada 8 lagi slot yang tinggal. Nantikan..
