Chronicle

Bayangkan kita mempunyai kuasa untuk terbang dan telekinesis tanpa perlu makan muntah hantu dan bertapa bertahun-tahun di dalam gua. Filem Chronicle ini aku sifatkan sangat menarik dan jalan cerita yang mantap, meski ditangani dengan pelakon yang seorang pun aku tak kenal.

Ia mengisahkan tentang 3 remaja iaitu Andrew, Matt dan Steve yang memperoleh kuasa setelah masuk dalam satu lubang misteri. Pada mulanya sekadar mengalihkan ssatu objek dari point A ke point B. Lama-kelamaan, kuasa itu semakin bercambah dan mereka boleh terbang. Namun kegagalan Andrew mengawal emosi menyebabkan semuanya menjadi celaru. Itu saja…mudah dan ringan. Apa yang menarik ialah plot-plot yang mengukuhkan perkembangan kuasa yang ada. Itu sangat hebat pada aku. Sebab alang-alang mengarut, biar mengarut betul.

Cerita ini juga tidak lama, sekitar 1 jam 30 minit. Tidak ada lovey-dovey dan tidak ada sampah. Babak akhir di mana Andrew gagal mengawal emosi dan cuba ditenangkan oleh Matt sangat hebat. Hospital meletup, kereta terbakar, pecah-pecah bangunan sampai aku rasa macam tengok Fantastic Four. Secara ringkas, aku beri 9 markah dari 10.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...