Groupie Sate Station..

Woo..sate panas!

Entah macam mana planning makan aiskrim Baskin Robbins tiba-tiba jadi makan sate di Kg. Pandan. Aku demam sebenarnya..tapi selera makan tu tetap ada. Jadi sate punya pasal, demam tolak tepi.

Aku gerak dengan Fariq. Zhafrie pula akan ambil warga-warga Shah Alam yakni Azam, Fadil dan Sheila. Janji tunggu 9.30 malam depan Al-Rawsha. Tak boleh pakai…sampai lewat jua adanya. Ini semua Sheila punya pasal. Nak make-up konon..

Aku memang lapar..Last makan tengah hari. Jadi elok duduk dengan pantas kami order. Kira-kira pembelian sate lebih kurang sorang makan 5 cucuk. Kami ada 6 orang. Jadi kami order 20 cucuk ayam dan 30 cucuk daging. Elok aje sate sampai, tak sampai 10 minit – lebur! Tinggal lidi dengan daun pisang aje.

Order tambahan lagi 20 cucuk. Yang lelaki semua cuba mee rebus. Tolak Azam yang hanya makan sup kosong. Jadi bahan bualan ialah malaikat, air mutlak, Kaabah, orang gila dan rokok. Salah seorang dari kami ketawa sampat tersedu. Kalau ikut kata orang tua, itu petanda anak nak membesar.

Lepas makan, terus balik, Walaupun ramai yang tak kerja sebab esok Hari Wilayah, rasanya ramai yang dah overdose makan. Aku sendiri makan 14 cucuk. Sate itu sumpah sedap. Lain kali kena repeat. Kali ini kena pastikan semua yang nak pergi kosongkan tangki masing-masing untuk mengelakkan carutan ditengah-tengah Federal Highway…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...