Puasa 101..

image

Latih dan didik anak berpuasa sedari kecil. Itu yang diamalkan oleh semua ibubapa agar anak memulakan ibadah wajib ini. Ada yang mula puasa antara usia 6-7 tahun. Aku sendiri mula puasa lingkungan umur itu.

Tiada pula mama dan abah berjanji kalau puasa sehari,dapat RM1. Yang ada,kalau kami puasa,mama akan masak menu berbuka yang kami suka. Kalau kami merengek-rengek nak berbuka,mama akan suruh kami bersabar dan membuat perbandingan dengan kanak-kanak di Afrika. Paling epik,kami tidur ajelah sementara menanti waktu berbuka.

Zaman kanak-kanak,akalnya panjang. Bermacam-macam helah dibuat disebabkan godaan dan iman tak kuat. Togok air paip tu biasalah. Tengok air sejuk dalam peti sejuk pun boleh mengundang syaitan.

Itu masa mumayyiz.. Sudah jadi kenangan.. Bila ingat balik,terasa pantas amat masa berlalu. Harapnya aku berjumpa Ramadan lagi tahun depan.

Siapa Sengal Menjelang Ramadhan Angkat Tangan..!

Selamat Berpuasa aku ucapkan buat rakan-rakan sekalian. Dah baca niat ke belum? Rasa-rasa banyak makan semut niat untuk sebulan lebih mudah..

Dimalam nan hening bertemankan Beri Hitam ini,gatal tangan nak tulis kisah-kisah sengal menjelang Ramadhan. Mana tak sengal…
1.Belum puasa rakan-rakan telah mempromosi segala macam kuih dan baju raya..Awak pun bukan main mengetest semua tester yang ada dan menghorder macam nak jamu satu Taman Permata kuih raya.

2.Buat jamuan di hopis kununnya boleh juga makan tengahari ramai-ramai sebelum puasa.Bukak youtube pasang lagu raya kemain kuat macam esok tu jugaklah raya (hehehe…kisah benar)

3.Dah mula dah atur jadual berbuka puasa dengan rakan-rakan dan skandal. Dengan famili akhir-akhir Ramadhan nanti pun buleh,terus raya.

4.Sodah menyenaraipanjangkan tempat-tempat makan dan hotel yang menwarkan buffet buka puasa paling murah..

5.Rakan-rakan yang syaiton kemain dan berirama batu keras dan penjolok langit diwaktu malam mula mengopy-paste hadis,petikan al-quran fadhilat berpuasa di twitter dan facebook masing-masing..

6.Haiyo…sodah beli baju raya dan tempah langsior!

7.Errrrr…sodah gadoh mau raya mana hahahaha..puasa pun belom.

Adakalanya,aku dan kamu sama-sama sengal.Kesengalan ini seperti lagu Sheila On 7, Kisah Klasik Untuk Masa Depan.

Selamat berpuasa…

ikan siakap steam yang stim..

ikan siakap steam yang stim..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...