ACM 2013 – Kudos Blake Shelton!

http://youtu.be/DAXIFlv_OhQ

Semalam, berlangsungnya ACM 2013 yang menyaksikan lagu ciptaan Blake Shelton dan isterinya, Miranda Lambert merangkul “Song of The Year dan Single Record of The Year” menerusi lagu Over You, juga nyanyian Miranda Lambert. Blake Shelton yang juga merupakan pengacara majlis bersama Luke Bryan bagaimanapun tewas kepada pasangan pengacaranya untuk anugerah “Entertainer of The Year”. Setakat ini aku belum berkesempatan mendengar muzik Luke Bryan.

Semalam memang hari yang bertuah untuk Miranda Lambert. Dia berjaya mengungguli ” Top Female Vocalist of The Year” menewaskan Taylor Swift, Martina McBride, Kacey Musgraves dan Carrie Underwood.

Menurut twitter Blake Shelton, dia tidak kalah malam itu kerana anugerah yang dia mahukan sebenar-benarnya ialah Song of The Year. Apapun, kudos BS. Hidup #TeamBlake

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...