Kenapa Blake Shelton? Kenapa?

THE VOICE -- "Blind Auditions" -- Pictured: Blake Shelton -- (Photo by: Trae Patton/NBC)

Rancangan realiti tv The Voice Musim 5 kembali. Aku tidak terlepas merasakan kehangatan dan demam rancangan tersebut. Tapi aku lebih demam jurulatih berbanding demam gilakan peserta.

Apabila Blake menyelamatkan Nic Hawk, ramai yang tak puas hati. Pada aku Blake bijak. Dia tahu permainan realiti tv, faktor penarik undi dan keunikan peserta yang mampu membuatkan undi masuk bertalu-lalu, sekaligus lagu berada dalam carta 10 terhangat i-Tunes.

maxresdefault

Sekali lagi, bila Blake memilih Nic Hawk berbanding saingannya, Holly. Peminat The Voice khususnya penyokong atas pagar #TeamBlake merepek-repek tanpa henti. Dia tak pandai menilai..apa yang hebat pada Nic Hawk dan lain-lain komen merajuk tidak mahu menonton The Voice kerana peserta kegemaran mereka tersingkir.

Masa Tymara Joi tersingkir juga begitu. Christina tidak pandai menilai. Kami tidak mahu menonton. Pada aku suara dia memang hebat tapi bila dia menyanyi selalu tercicir satu langkah dari musik.

Aku percaya pada #TeamBlake. Yang hebat-hebat ada dalam tu. Betul, dalam team lain tak kurang hebatnya. Tapi Blake jatuh kategori pendidik yang hebat. Dia pandai mencari kekuatan yang ada walaupun hakikatnya peserta itu tidaklah dasyat mana pun vokalnya.

Tesanne dan Caroline punyai vokal yang unik. Apapun persaingan musim ini sangat positif dan mengujakan.

aku suka statement dia..
aku suka statement dia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...