PARAM YANG AL-MUKARAM..

Petang semalam, selepas hampir sejam mengesot-ngesot kenderaan bergerak aku dan Hadi sampai juga di Pasar Ramadhan yg dekat dengan komuter Pantai Dalam tu. Padahal dari RTM nak ke sana bukannya jauh sangat, sepelaung boleh sampai. Tapi disebabkan trafik yang macam siput babi tempang, terasa jauh sangatlah nak sampai.

Jam menunjukkan pukul 6.30 ptg. Takde maknanya nak masak. Maka kami ambil keputusan untuk beli saja. 2 ketul ayam percik RM 10 dan 2 murtabak daging RM 5. Petang semalam saja aku belanja RM 17 termasuk RM 2 membeli ‘sesuatu’.

Gila la..ini belum lagi beli kuih+buah+air dll. Maknanya tak selalulah Ramadhan tahun nie aku akan berbelanja di PARAM. Murtabak pun lebih banyak bawang dari daging..bawang mahal agaknya….

Banyak lagi benda nak kena selesaikan..Yuran semester nie aku tak bayar lagi..medical check-up lagi. Itu pun duit jugak tu..

Aduh, migrain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...