Cadangan Jawapan Kepada Pembekal Mercun Yang Kantoi

Mercun Ayam

Cadangan berdasarkan laporan Kosmo semalam :-

  • Saya tak tahu macam mana mercun tu ada di situ..
  • Saya tak pernah bela ayam..itu bukan reban saya..
  • Ini semua pitnah..pitnah..pitnah belaka
  • Ayam saya memang menghasilkan mercun. Ini inovasi..
  • Saya syak saya dianiaya makhluk ghaib..
  • Ayam saya tak makan dedak..mereka semua makan mercun
  • Mercun tu ayam yang sorok..bukan saya!

 

Pembekal sorok mercun dalam reban ayam
18/08/2011 7:11pm

MARANG – Taktik seorang pembekal mercun menyorokkan bahan larangan itu di dalam reban ayam berhampiran rumahnya terbongkar selepas polis menyerbu kediamannya di Kampung Rhu Rendang, di sini Selasa lepas.

Kerana Jarimu Begitu Berharga Untuk Mengundi

Foto KDN

Masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan semua orang pernah ada pengalaman main mercun. Apalah raya kalau tiada bunyi mercun dan bunga api kata mereka. Samalah tu..aku setuju sebab masa remaja dulu pun aku akan usaha mencari bunga api cap kucing ataupun mercun pop-pop.

Perang mercun itu sejarah. Taman A tembak Taman B. Bunyi paling kuat tu kira menanglah. Aku takde pengalaman buat mercun sebab kimia tak pandai. Tambahan buluh pun susah nak jumpa. Selalunya kalau main bunga api arwah abah dan mama ada sama-sama. Pun begitu, malang memang berbau. Berbau hangus dan bau terbakar. Adik aku yang seorang tu pernah matanya kena percikan api. Nasib tak buta.

Agak sedih membaca berita kanak-kanak putus jari akibat main mercun. Lebih sedih ada satu kes dulu anak mati sebab bapak buat stor mercun dalam rumah,tak ingat tahun bila.

Kemalangan akibat mercun satu berita epik. Ia sama macam kemalangan masa hari raya dan simbah asid. Juga sama kalau musim ular sawa masuk rumah. Maka pada musim itu semua akhbar akan bawa tajuk yang sama.

Susah meletakkan noktah pada perkara ini..aku harap akan ada satu tahun masa musim perayaan sifar cerita pasal putus jari. Tapi akankah? Entahlah..

Kalau tak ada jari macam mana nak mengundi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...