Menara KL Disinari Warna Jalur Gemilang

Menara KL, antara tarikan utama pelancong ke negara kita. Pengurusan dan tenaga kerja Menara KL ini tidak pernah putus idea mempromosikan Malaysia melalui pertandingan seperti Night Towerthon, pameran dan promosi masakan,kebudayaan etc dan yang paling epik larian anak tangga atau KL Tower International Forest Towerthon Challenge.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Menara Kuala Lumpur telah dianugerahkan ‘Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 – Award for Outstanding Achievement in Tourist Attraction” oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengiktiraf tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur dimana ianya telah mencapai tahap tertinggi kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang unik dan menarik serta sumbangannya dalam meningkatkan imej Kuala Lumpur.

Sempena bulan kemerdekaan, Menara KL sudah mula disinari dengan pencahayaan warna Jalur Gemilang bermula 5 Ogos – 20 September 2011. Pencahayaan Menara Kuala Lumpur bermula dari jam 7.30 malam sehingga 12.00 tengah malam untuk hari Isnin hingga Khamis manakala untuk hari Jumaat hingga Ahad, pencahayaan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi. Ianya akan bertukar setiap 2 minit dan disusuli dengan 5 minit persembahan kerlipan bintang (Starflash) dengan warna Jalur Gemilang. Manakala ‘Skytracer’ dan Arena pula akan memainkan lagu Jalur Gemilang pada setiap jam 8.00malam, 9.00malam, 10.00malam dan 11.00malam.

Bersesuaian dengan namanya sebagai “Jewel In The Sky”, Menara Kuala Lumpur merupakan menara pertama di dunia yang dipasang dengan penetapan cahaya dan teknologi bunyi sebegini.

Jadi apa tunggu lagi penggemar fotografi..tak payah pergi luar negara. Semuanya ada di Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...