Ohai, Koh Samui! – Edisi Berjimba dan Makan

Dari puncak viewpoint..

 

Kalau dah berjimba-jimbaan di pulau, tak lengkap jika tidak melihat kawasan dari viewpoint. Mujur kenderaan kami berkuasa tinggi, kalau tak soheh semput. Mencanak nak sampai puncak. Kalau naik motorsikal pun letih tangan memulas. Pemandangan di sini sangat cantik. Di atas ini juga banyak patung-patung yang aku tak sempat baca apa keterangannya. Aku hanya ambil gambar dan bertenang sahaja di sini.

 

Memandangkan dari pagi belum sarapan yang mulia, kami kemudiannya mencari kedai makan halal. Di sini sangat mudah sebab rata-rata penduduk di kawasan Lamai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Makanan wajib aku di sini ialah padrik sotong. Sedap ya amat!

Ohai, nasi padprik!

 

Ikan bakar...kau boleh?

 

Sekali lagi kami meronda di Chaweng. Aku perlu menukar dollar baki di Laos dahulu kepada bhat. Di sini kami mencari satu restoran halal yang menjual burger ala-ala burger bakar. Fareast Restoran nama kedai tu. Aku makan pancake pisang dan burger itu ditapau untuk di makan dalam bilik. Ia sangat sedap walaupun dimakan ketika sejuk 🙂

Banana pancake yummeh!
Cheese sandwich yang marbeles!

 

Petang itu aku tertidur dan sedar-sedar partner aku dah hilang.

“You tidur macam dolphin keletihan” kata beliau dan aku enggan mengulas lanjut.

 

 

Ohai, Koh Samui! – Jom Naik Gajah..

Meh, makan Victoria..

 

Inilah kali pertama aku berpeluang naik gajah. Masa di Angkor Archeological Park dulu teringin nak naik, tapi mahal sangat. Aku tak ingat berapa bayarannya, tapi kategori ok sebagai pengalaman pertama. Sebelum naik gajah, mari kita kasi dia makan dahulu. Gajah di sini ada 5 ekor dan setiap satu mempunyai nama iaitu Victoria, Anita, Linda, Emma dan errr..err..entah apa ntah nama lagi seekor. Victoria ialah gajah yang tertua, berusia 50 tahun. Gajah yang kami naiki namanya Anita, berumur 25 tahun. Kesemua gajah di sini ialah gajah betina dan kesemuanya milik Baan Chang Elephant Trekking.

Panasnya..

 

Kalau berani, sila duduk depan

 

La..la..la..la..la...

 

Agak gayat juga naik gajah nie. Ya, aku risau gajak ini naik minyak. Aku juga risau kalau tiba-tiba gajah ini buat-buat tergolek bila lalu di anak sungai. Tapi aku percaya dengan penjaga gajah yang mengasuh Anita. Dia garang dan yang penting, dia bawa sabit hehehehe..

Dalam hati, aku kasihan dengan semua gajah di sini.. Apa nak buat, sudah takdirnya begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...