Josh Kaufman Adalah #TheVoice

josh-kaufman-768

Semalam, terjawap juga persoalan siapakah yang akan menjuarai The Voice Musim Ke-6. Tahniah buat Usher dan #TeamUsher kerana buat pertama kalinya berjaya merebut kejuaraan ini yang sering dimonopoli oleh Blake Shelton dan Adam Levine. Josh Kaufman membuktikan status seorang bapa, tanpa pakej rupa paras model mampu memikat jiwa jutaan penonton The Voice semalam.

Jadinya, aku tidaklah kecewa sangat sebab memang aku akui Josh Kaufman punya vokal yang hebat. #TeamBlake mempertaruhkan Jake Worthington diperingkat akhir ini manakala #TeamAdam pula meletakkan  Christina Grimmie. Walaupun sekadar tempat ketiga, Adam sudah menjanjikan peluang kontrak rakaman buat  Christina Grimmie. Tidak pasti nasib Jake, tapi mengenali Blake, aku rasa dia tidak akan mempersia-siakan populariti yang ada pada Jake saat ini. Kalau merujuk kepada komen-komen penonton di laman rasmi The Voice di Facebook, rata-rata menyatakan sokongan padu buat Jake yang kental memperjuangkan musik ‘country’ seperti jurulatihnya juga.

Dalam catatan terdahulu, aku meramalkan Jake setakat bertahan 2-3  minggu pertama sahaja. Memanglah aku sedikit buta kayu tentang industri muzik ‘country’ dan meremehkan lelaki pendek obese bertopi koboi. Aku andaikan penyanyi country harus sehangat Blake Shelton atau setidak-tidaknya tinggi dan ‘clean cut’ seperti Luke Bryan. Rupa-rupanya ada satu tembok dambaan peminat muzik ‘country’ yang mahukan generasi baru yang membawakan lagu ‘country’ tetapi bersifat klasik dan malar. Dan ciri-ciri itu mereka nampak ada pada Jake Worthington.

Jake-Worthington-The-Voice

Apapun nyanyian Jake ‘Dont Close Your Eyes’ memang terbaik dan menyentuh hati. Ia lagu yang sama dinyanyikan masa ‘Blind Audition’ dan dipilih oleh penonton untuk dilagukan pada konsert akhir.

 

 

The Voice Season 6 Premiere

The-Voice-Season6

Mac bermula dengan indah. Setidak-tidaknya untuk aku. Semalam aku berpeluang menonton blok pertama pemilihan rancangan TV paling popular di dunia, The Voice. Selamat kembali kepada Usher dan Shakira. NBC, terima kasih kerana mengekalkan Blake Shelton dan Adam Levine.

Tidak mahu bercerita panjang tentang pemilihan, cukuplah sekadar percakaran untuk merebut seseorang artis itu lebih agresif terutamanya oleh Usher dan Shakira. Adam masih bersifat gentlemen manakala Blake lebih berhati-hati, tidak terlalu gopoh dan menanti dengan selamba. Tapi aku yakin dalam kepala otak dia sudah ada kali bahagi siapa yang akan dicuri dalam battle rounds.

140224_2748205_Jake_Worthington_Audition___Don_t_Close_Your

Slot pertama #TeamBlake diisi oleh Jake Worthington. Ini adalah kali kedua dia mencuba nasib dalam The Voice. Dia menyanyikan lagu “Don’t Close Your Eyes” oleh Keith Whitley. Lagu tu memang best. Secara peribadi aku tak rasa Jake boleh pergi jauh. Dia sekadar boleh nyanyi aje.

noah

Slot kedua #TeamBlake diisi oleh Noah Lis yang menyanyikan lagu klasik lama Me and Mrs Jones. Memang sudah diduga artis seperti ini memang pilihan Blake. Siap sms Michael Buble tu yang sangat tak boleh belah.

Ada 8 lagi slot yang tinggal. Nantikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...