Iftar PROTON & Media

Ramai yang hadir sampai tak cukup meja katanya

 

Sudah berapa tahun aku mengelak untuk pergi ke majlis iftar mana-mana syarikat/kementerian/persatuan. Tahun sudah aku pergi yang mini sahaja, maknanya hanya menjemput tak lebih dari 10 orang.  Sebab utama tak pergi ialah tak kuasa beramai-ramai dan malas menempuh kesesakan jalanraya-walau bukan aku yang memandu.

Terima kasih kepada rakan-rakan di PROTON, terutamanya Widya yang menghantar jemputan menerusi sms. Banyak sebab aku begitu eksaited ke majlis ini. Selain dekat sesangat dengan rumah aku iaitu di Hilton KL, aku mengenali pengamal perhubungan media PROTON sejak zaman UiTM lagi. Tahun lepas aku menerbitkan siaran langsung Ulangtahun ke-25 PROTON jadi kalau aku tak hadir rasa tak best pulak.

Dalam hati aku dapat rasa majlis iftar ini akan jadi mini reunion dan memang betul sangat la sangkaan itu. Berjumpa juga aku dengan rakan-rakan zaman belajar dulu, rakan-rakan di NTV 7, dan rakan-rakan di RTM. Walaupun kerja setempat tapi tak selalu dapat jumpa. Sebab lain ialah aku mahu mencari sebab memakai baju baharu bertajuk Banana Republic yang harga pasarannya ialah RM699.00 🙂

Makan takdelah banyak sangat sebab lebih banyak bersembang dari makan. Berpindah dari satu meja-ke-meja yang mana ada rakan-rakan yang lama tak jumpa sempatlah berborak seadanya.

Dan sebab yang mengukuhkan kehadiran aku pada majlis ini ialah sebab aku nak bergambar dengan Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin. Susah nak dapat peluang sebegini masa kerja. Akhirnya semalam dapat juga sekeping. Terima kasih kepada abang Amy atas bantuan 🙂

Akhirnya dapat juga peluang bergambar..

 

Iftar Di Pullman Putrajaya Lakeside

Aku sebenarnya memang suka berbuka puasa di hotel.Buffet Ramadhan memang berpotensi membuatkan manusia rambang mata dan tamak haloba. Takdelah sampai sawan aku memilih makanan sebab kapasiti perut pun bukannya boleh muatkan sebelanga lauk-pauk dalam satu sessi makan. Cukuplah merasa sikit-sikit apa yang terhidang dari membazir tak tentu hala. Tapi buffet pada aku seronok sebab banyak pilihan makanan yang semestinya unik, menarik dan paling penting, ia mempunyai tema.

Tema memainkan peranan yang penting dalam menentukan menu yang terhidang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Selasa lalu, terima kasih pada Areen dan Zaiman, aku dan Hadi berpeluang berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside. Ini kali pertama aku ke sana dan jujur cakap aku ibarat tenuk masuk Alamanda…Lanskap tempat ini sungguh cantik. Sementara menanti waktu berbuka kami sempat merayau-rayau disekeliling kawasan berhampiran sambil menanti matahari terbenam.

Berbalik pada tema, buffet di sini mengambil tema ‘Arabic’ di mana seorang Chef dari Dubai di datangkan khas membawa keunikan masakan arab selain pekerja-pekerja yang memakai pakaian ala-ala arab. Musik arab juga menjadi santapan telinga dan mulalah lawak-lawak belly dance dan Tiga Abdul menjadi bahan jenaka kami malam itu. Aku tak pasti nama-nama masakan yang ada tapi kebab, kambing bakar dan manisan-manisan dari negara timur tengah memang banyak di sini. Kalau tekak tak serasi, sate dan pelbagai lauk-pauk masakan melayu juga ada selain yong tau foo, mee goreng, goreng pisang, roti john dll.

Sate sangat sedap...

Kebetulan kawan aku semasa di UiTM, Zamri Zakariah juga berbuka puasa di situ dengan ahli keluarganya. Tak sempat pula aku bergambar dengan dia. Mana nak sempat..dari mula buka puasa sampai kesudah aku sibuk mencuba masakan yang ada. Waktu bertenang pun masih sempat makan ABC  dan Um Ali (puding roti arab).

Harga untuk berbuka di sini ialah RM100 (Dewasa) dan RM50 (kanak-kanak berusia 6-12 tahun). Untuk tempahan, pengunjung boleh menelefon Pullman Putrajaya Lakeside di 0388900000 ext 6812

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...