Tangguh Dahulu Perjalanan Ke Selatan Thailand

Nampaknya keadaan tak mengizinkan di Selatan Thailand. Terpaksa aku tangguhkan agenda di sana untuk beberapa bulan sampai waktu tenang kembali. Ini ujian untuk kerajaan baru Thailand dan sama-sama kita saksikan kesudahannya. Atau lagu tu jugak utk tempoh 10 tahun lagi..Aduhai…

***
(Dipetik dari Kosmo!)

KUALA LUMPUR – Rakyat dinasihatkan agar tidak mengunjungi selatan Thailand buat sementara waktu ekoran kejadian letupan tiga butir bom yang mengorbankan empat warganegara Malaysia di Sungai Golok kelmarin.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tiga kawasan yang dikenal pasti tidak selamat ialah Sungai Golok dalam wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani.

“Sebaik-baiknya elakkan daripada mengunjungi kawasan-kawasan tersebut atau tangguh dulu perjalanan melainkan jika ada keperluan mendesak.

“Langkah sewajarnya ialah menghubungi Kedutaan Malaysia di Thailand atau konsulat kita di Songkhla untuk mendapatkan kepastian sama ada keadaan benar-benar selamat,” katanya ketika mengesahkan nasihat tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin Kosmo! melaporkan empat rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak antara lima yang maut apabila tiga butir bom meletup di kawasan hiburan di Jalan Charoen Khet, Sungai Golok.

Letupan itu turut menyebabkan 14 lagi rakyat Malaysia cedera yang mana dua daripadanya iaitu Yau Win dan Heng Chin Goa parah. Mereka dirawat di Hospital Yala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...