Kumpulan Fokus Kajian UKM

Semalam, aku diminta hadir ke Hotel Residence, UNITEN untuk menjadi salah seorang dari peserta kumpula fokus untuk kajian bertajuk Filem Cereka Tempatan : Kualiti, Kreativiti dan Potensi. Apapun aku berterima kasih kepada Prof. Dr. Faridah yang mana merupakan pensyarah aku semester lepas  kerana melibatkan aku dalam kajian beliau ini.

Setiap satu kumpulan fokus mempunyai 5 peserta yang masa setiap jawapan akan dirakam dan setiap peserta akan memberikan jawapans secara verbal dan spontan. Aku ditempatkan satu kumpulan dengan Fadil, Farah, Fariq dan Zhafrie. Soalan banyak berkisar pada industri filem tempatan dan pendapat kami tentang potensi filem untuk dihantar ke festival filem antarabangsa. Di sini aku menyaksikan sentimen yang kuat terhadap filem Hantu Bonceng dan juga MIG.

Ia adalah satu sessi yang tidak terasa cepatnya masa berlalu. Penuh dengan cadangan dan sudut ilmiah serta gelak tawa yang lebih dasyat dari lawak Hantu Bonceng.

Hmm..rezeki anak, dapat juga saguhati walau itu bukanlah niat utama kami. Aku harap akan datang aku berpeluang menyertai kajian sebegini lagi.

 

Filem : Apollo 18

Aku ke The Summit, USJ atas urusan berpoya-poya, makan dan mencuci mata. Kerana semuanya telah selesai dan hari masih muda, aku dan Hadi akhirnya ambil keputusan untuk menonton wayang.

Hantu Bonceng – tolonglah wei!
Smurfs – tak mau!
Conan atau Final Destination 5 – lebih indah layan DVD haram tanpa potongan!

Hadi pilih Apollo 18. Jujur, aku kelabu habis pasal cerita nie. Tak pernah baca review, tak minat cerita angkasawan dan kosong informasi tentang biji butir filem ini. Jadi penilaian aku ini sangat Jujur Ella, Jujur Radja dan Jujurlah Padaku Geisha.

Cerita ini mudah. 3 angkasawan dipilih untuk misi Apollo 18. Sampai di sana seorang daripada mereka kutip batu sebagai sampel dari bulan dan batu itu sebenarnya ‘ada nyawa’. Angkasawan itu kemudiannya kena jangkitan, dan sudahnya semua tak boleh balik bumi. Matinya mereka sebagai hero dan hebatnya kerajaan mereka menjadikan mereka hero mati dalam tugasan – mayat tak dapat dikesan.

Cerita ini mengunakan konsep seperti Blair Witch Project dan Paranormal Activity. Aku hampir mengatakan Apollo 18 ini cerita hantu sebab aku banyak terkejut dan menjerit dalam panggung!

Mudahnya, apabila menonton cerita ini seolah-olah anda menonton Paranormal Activity + zombie + Armageddon tak jadi dan macam Shaun Of The Dead pun ada jugak.

Batu itu kemudiannya menjadi binatang seolah-olah labah-labah macam ‘scarab’ zaman Firaun. Aku rasa macam cerita-cerita berkonsepkan wabak…Tak angkasawan dan tak semenggah.

Sila beli DVD haram dan sagatkan di jalanraya selepas menontonnya. Kesimpulan lain, sampah masyarakat dan kulapok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...