Selepas Awan Kelabu,Sinar Menunggu..

Banyak soalan-soalan pelik memenuhi inbox aku. Aku tahu, mereka terkejut dan gembira sebenarnya. Tak kurang ada yang bertanya macam-macam soalan seolah aku baru menang pertandingan Spelling Bee peringkat universe 🙂 Yang mana terdaya aku jawap, sudah pun aku jawap. Yang mana tertinggal dan soalan berganda, mungkin post ini ada jawapan kepada persoalan anda semua, sama ada terluah atau tidak.

Aku rasa gembira nak berkongsi berita ini. Disebabkan ia masih segar,biarlah aku merasa keterujaannya. Aku menanti momen ini sangat lama, jadi aku layak untuk masih di fasa gembira.  Jika siapa rasa annoyed,aku minta maaf. Bukan itu tujuannya..

Adakah Kami Merancang Kehamilan Ini?
Kami dah bersedia untuk ada anak sejak awal perkahwinan lagi. 2 tahun pertama aku separa meroyan sebab tidak ada rezeki. Siap berhabis duit sebab aku mencuba treatment di klinik swasta. Lagi pula period mmg tak regular,jadi susahlah usaha nak merancang. Selain itu, doktor syak berat aku (70kg) tidak memudahkan proses kehamilan. Aku malas nak memanjangkan masalah jiwa. Sejak itu, aku dan Hadi terus jadikan agenda bercuti aktiviti wajib kami.

Kerja juga semakin sibuk. Aku dilelong mergastua dan ditempatan di unit yang orang insaf nak masuk iaitu unit ehwal semasa. Agaknya difikirkan aku akan menderita di sini. Sebaliknya aku pulak rasa gembira di sini. Aku diberi peluang buat program besar-besar. Sabtu Ahad memang tergadai. Aku selalu outstation. Kalau aku tak kerja luar,Hadi pulak entah kerja mana tak lekat umah. Paling klasik,dua-dua outstation serentak. Jumpa dlm facebook aje.

Tahun lepas,aku nekad cuti belajar. Aku taubat dgn manusia yang gunakan orang berkuasa untuk kepentingan diri. Aku sempat fikir setidaknya kalau pangkat aku tak naik, biarlah kemajuan akademik bersama aku. Hadi suruh fikir banyak kali sebab aku tak mohon biasiswa pun masa tu.

Rezeki anak berat,tapi syukur yang lain dipermudahkan. Aku dapat Hadiah Latihan Persekutuan akhirnya, aku dapat tempat di U dan cuti diluluskan. Biasiswa hanya mula tahun 2012. Sebelum itu,semua kos kena tanggung sendiri.

Disember tahun lepas, selepas balik dari Padang, aku jatuh sakit,emosi aku kusut dan aku selalu hiba bila teringat arwah abah. Lebih teruk,aku bleeding non-stop 14 hari. Mujur Ekin bersungguh-sungguh bawa aku ke hospital. Tapi aku sudah panik sebab berdasarkan pembacaan,aku rasa masalah ini hampir kronik. Dalam masa yang sama, aku ada isu dengan seorang kawan aku atas alasan yang malas aku nak terangkan.

Bermula Disember, aku kerap berkunjung ke PPUM. Lepas sahih tiada yang perlu aku risaukan,doktor cadangkan kami merancang untuk berzuriat. Disebabkan Januari kami akan ke Cambodia, tarikh di susun selepas percutian. Kala ini, aku dan Hadi bersedia berusaha kembali memandangkan usia aku yang sudah lanjut.

Bermula tengah Februari pula aku kena kursus 6 minggu untuk mendapatkan biasiswa. Hidup memang huru-hara. Bila ada ujian di hospital, aku kena ponteng dgn MC kehadiran ke kursus. Awal Mac pula kuliah semester 2 sudah bermula. Kelas pulak petang sampai malam. Sangat menduga hidup aku kala itu.

Hampir sebulan ujian kesuburan, aku disahkan subur. Hadi juga sama. Aku diminta berhubung dengan klinik keluarga jika period datang untuk cuba kaedah IUI. KMac aku tak period, April dan Mei juga begitu. Lagipun aku pernah alami period x regular jadi tidaklah musykil sangat.

Jadi bila scan kata dah 3 bulan,terperanjatnya luar biasa. Scan itu yang memberanikan kami memberitahu berita ini. Sebab kami dah nampak bentuk fizikalnya dan sudah dengar denyut jantungnya. Perasaan bila doktor kata inilah bakal anak kamu berdua dan Hadi genggang erat tangan aku itu sangat priceless.

Takde petua atau amalan. Kami dahulu dinasihatkan untuk kurangkan stress. Tapi kalau dah namanya kerja, kerja mana yang tak ada stress? Lepas tu cuti belajar. Stress belajar pula tak pernahnya susut. Tapi rakan-rakan dalam kelas banyak membantu. Mereka dah macam adik-beradik dan saudara-mara aku. Asal jumpa sahaja meledak bahan ketawa dari kisah dalam kelas, setiap individu yang unik, air mutlak dan gabus. Semua perkara akan jadi cerita gembira bersama mereka.

Tak ada jalan mudah. Aku hanya fikir kalau tak dapat waktu ini, apa benda lain yang boleh aku dapatkan untuk membuatkan ingatan aku lari dari masalah asal. Tak ada rezeki anak, kami sibuk cuti. Tak ada rezeki naik pangkat, aku cuti dan sambung belajar. Apapun, percaya pada kuasa Allah dan percaya selepas awan kelabu, sinar menunggu 🙂

Kursus QA – Hari Pertama Sessi Pecah Ais Batu..

image

Tadi bermula Kursus QA. Kursus ini wajib untuk semua calon sementara Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Selama 6 minggu,semua peserta yang terpilih kena lulus ujian yang ditetapkan sebelum tawaran tetap dikeluarkan oleh Jab. Perkhidmatan Awam (JPA). Sepatutnya aku kena pergi QA 1,bulan November lepas. Memandangkan aku sudah mula kelas untuk sarjana,aku mohon tukar untuk QA 3.

Tadi pendaftaran dan pembahagian kumpulan. Aku masuk kumpulan 9 yang mana latar belakang ahli kumpulan hebat-hebat semuanya. Aku terasa macam ameba di situ. Oh,Razif,kawan zaman sekolah menengah pun kursus bersama aku. Setidaknya ada wajah yang dikenali sebelum sessi pecah ais.

Dalam satu sessi pecah ais,kami di minta melukis gambar sendiri dan kemudian peserta yang dapat gambar itu harus mencari empunya asal potret mistik. Aduh,lemah kejap. Bab melukis nie memang kategori gagal. Maka terhasillah karya takde prospek seni yang dijumpai oleh sahabat baru aku dari EPU ini..Amacam,sama  gambar di atas dengan aku hahaha..

Aku pula menjumpai Sarah. Aku lupa dari kementerian mana dan pengalaman manis beliau ialah bercuti dua kali di Europe.

image

Hari ini sessi pecah ais batu. Esok aku akan buat public speaking yang pertama sebab tiada siapa sudi buat dulu. Harap-harap semuanya okay. Aku akan bercakap pasal Bou Meng dan Penjara S-21.

Taklimat Hadiah Latihan Persekutuan 2012 (HLP 2012)

Hari ini begitu menduga..Taklimat HLP yang aku jangka separuh hari rupanya sepenuh hari dan selamat berlangsung di INTAN, Bukit Kiara. Mujur ada muka-muka yang dikenali di sana dan tak sangka, sahabat zaman SMKLK, Razif juga salah seorang penerima.

Rasanya, dalam 400 orang itu aku sahaja yang telah menempatkan diri dan memulakan kuliah. Yang lain baru nak usha U mana nak sambung dan berbelah bagi memandangkan ramai yang mendapat tawaran berkursus diluar negara / seminar dalam masa serentak dengan penawaran HLP. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik sebab pada aku, dua-dua itu peluang. Jangan tamak 🙂

Cuma masalah aku ialah untuk kursus QA. Tarikh yang diberi bertembung dengan jadual kuliah. Sebenarnya, ketiga-tiga tarikh tu bertembung! Utk sesi November-Disember aku sibuk dengan membiasakan diri sebagai pelajar semester 1. Harus mendapat keputusan yang lazat memandangkan aku buat secara sepenuh masa dan penuh kesungguhan. Sesi Disember-Januari lagi tak boleh, tengah final exam. Sesi Mac-April pilihan terakhir. Kelas semester 2 dijangka bermula bulan Mac. Setidaknya cuti semester tu boleh digunakan untuk persiapan kursus QA. Terima kasih teramat tinggi kepada salah seorang penerima dari JUPEM atas kesudian menukar waktu kursus secara suka-sama-suka.

Kepada rakan-rakan yang baru nak memohon HLP/akan memohon, ini adalah panduan yang boleh aku berikan. Masa aku appy, langsung takde panduan sebab masalah kedukut ilmu yang tinggi dikalangan masyarakat madani. Sila pohon dahulu HLP, barulah cari tempat mana nak belajar. Sebab, ia (kewangan) hanya efektif mengikut tarikh tawaran. Tapi macam kes aku, aku apply tempat dulu,kemudian baru dapat HLP. Sebelum itu aku pohon cuti sepenuh masa bergaji. Jadi bila aku dapat HLP, cuti itu diganti dengan cuti kelayakan HLP,cumanya untuk tahun ini aku sara sendiri semua kos kehidupan. Walaubagaimanapun, satu kelebihan besar cara ini ialah aku akan (insyaallah) habis belajar sebelum tarikh tamat HLP berakhir (24 bulan). Faktor ini akan diambil kira dalam KPI dan memberikan skor yang lebih. Kalau korang nak buat 2 tahun penuh, suka hatilah. Aku tak sudi membuang masa lama-lama kerana banyak lagi benda lain yang aku kejar. Dari segi matematik, ya, aku rugi setahun tajaan

Apapun, aku bersyukur kerana menjadi salah seorang penerima HLP…..Tahniah, badak! untuk aku dan kalian yang dapat.

P/s:patut post semalam tp internet macam celaka…

Hampir Terlepas Ujian Psikometrik

Beginikah otak kita tok dukun?

Dengan kadar internet yang macam simput babi tempang, jarang aku membuka email jabatan dipejabat. Jangan kata email jabatan, email yahoo pun sempat goreng karipap tak tentu satu laman bole load dengan sempurna. Beri hitamlah sumber utama yang mendekatkan aku dengan alam maya.

Tadi seperti mendapat satu ephipany aku melayari email jabatan. Banyak yang ditong-sampahkan terutama yang basi, yang forwarded tak tentu hala dan yang tak relevan. Baru aku sedar ada email yang meminta aku membuat ujian psikometrik kerana aku antara salah seorang calon yang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Terkejut amat melihat tarikh akhir menyelesaikan ujian itu ialah hari ini!

Ada hampir 200 soalan dan aku kena selesaikan dalam masa 45 minit kalau tak silap. Bukannya susah sangat pun hanya tanda Ya atau Tidak saja dikotak yang disediakan.  Masa mula-mula baca email tu aku agak soalannya mesti sama macam soalan menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Penerangan. Hmm..betul la tu.

Menurut website JPA, Ujian Psikometrik ialah ujian psikologi berbentuk kualitatif dan menggunakan teknik statistikal yang ditadbir dengan bantuan ahli yang mahir dalam ujian psikologikal unt
uk menentukan tahap kecerdasan, minat dan mana-mana ujian mental.
Jenuh aku fikirkan apakah relevan soalan yang ditanya dengan biasiswa yang aku pohon. Untuk bersangka baik, aku rasa mereka mahu memastikan calon yang layak dan menepati “kriteria-kriteria tertentu”.Ujian itu pada firasat aku untuk membaca nilai-nilai pemohon berdasarkan peribadi, kesungguhan, minat dan konsistensi. Ada beberapa soalan berulang dan ada soalan yang tak semenggah. Diawal bicara sudah dinyatakan tiada jawapan yang betul atau salah dalam ujian ini.
Semua soalan aku jawab dalam masa 30minit dan 4 saat (saat tu kalau aku tak silap). Dan sekali lagi aku merenung senarai calon yang memohon. Sesungguhnya senarai itu sangaaaaat panjang. Mujur tiada soalan “adakah anada tertekan dengan ujian psikometrik ini” dalam bentuk subjektif kerana aku memerlukan lebih dari 45 minit untuk berhujah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...