Mentega Haram : Errrr…..Haram Betul!

Mentega Ini Haram..pic:google

Secara mudahnya aku pegang begini – tak tahu/tak sengaja tak apa…Tapi kalau dah tahu jatuh haram, sudah terang lagi bersuluh punya haram. Mujur sepanjang ingatan aku tak pernah nampak mama guna mentega jenis Golden Churn nie dalam apa juga bentuk masakan.

Tak kisahlah kuih-kuih raya yang aku belasah dari kecil sehingga nota ini ditulis guna mentega Golden Churn atau tidak. Aku tidak tahu. Secara dasarnya aku tidak bersalah dan tidak berdosa. Ceh, islamik sekejap tapi benda nie bukan picisan sebab melibatkan barang makan yang jadi darah daging.

Menurut catatan Kakjee, ratusan pengeluar kek lapis Sarawak menggunakan mentega ini sebagai bahan asasnya. Setiap kali rakan-rakan ke Sarawak, inilah buah tangan wajibnya. Aku juga sering bawak balik sekotak dua untuk rakan-rakan dan ahli keluarga. Sekali lagi, tak tahu tak apa.

Cuma musykil dihati, peranan JAKIM masyarakat boleh persoalkan dari pelbagai celah. Kenapa tak bagitahu awal? Kenapa tak pantau sebelum produk masuk pasaran? Adakah nak kena tunggu peniaga mohon status HALAL baru JAKIM sibuk nak sahkan? Ish, banyak lagilah..Siapalah boleh bantu jelaskan pada aku yang tak arif nie?

Aku cadangkan kalau payah-payah sangat buat aje syarat semua produk luar yang nak masuk pasaran Malaysia wajib HALAL dari semua aspek, kecuali yang sah-sah haramnya macam babi dalam tin dan lain-lain

Dan aku tak sudi dengar tak cukup kakitangan..next!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...