Dalam Ingatan : Gelisah – Datuk Ahmad Jais

Gelisah..gelisah..gelisah…

Gelisah menanti dinda
Di ambang bahgia
Mungkinkah khabaran cinta
Akan menjelma

Rindu hati ku tiada terkira
Atau impian yang menggoda

Gelisah inikah dia
Getarannya jiwa
Bergema menyiksa dada
Aku derita

Mungkinkah kita dapat bersua
Menjalinkan kasih mesra
Dialam nyata

p/s: aku tahu kau bersedih dan aku juga begitu….

Al-Fatehah Buat Datuk Ahmad Jais..

Pagi aku dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Datuk Ahmad Jais akibat lelah. Dia menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawantan Rapi, DEMC.

Ya,ini kehilangan besar…dia adalah lagenda untuk mereka yang membesar dengan lagu-lagu hebat dendangannya. Walaupun aku bukan zaman itu,lagu-lagu arwah adalah feveret aku terutamanya Gelisah dan tentulah lagu rayanya yang malar segar..

Takziah buat ahli keluarga,takziah buat industri dan takziah negara..Al-fatehah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...