Salam Lebaran Semua..

Assalammualaikum dan selamat hari raya semua..

Raya ini aku dan adik beradik yang lain bercuti di Cherating, Pahang. Kampung hanya kenangan dan kenangan baru harus dicipta untuk membahagiakan semua, yang tersayang. Selepas berkunjung ke rumah Areen, terus kami bertolak ke sini. Mujur bilik sudah ditempah awal memandangkan ramai mengambil kesempatan untuk bercuti pada perayaan berganda ini..

Percutian ini untuk mengeratkan hubungan adik-beradik..Kami tak ramai, hanya 5 bersaudara. Tapi adik aku yang lelaki tidak dapat menyertai percutian ini kerana beraya di Kedah. Adik-adik yang ada ini ajelah saudara terdekat yang aku ada..Jadi hubungan kami, turun naik macam mana pun kena dipelihara..

Tadi 2 kali aku masak bubur..baru tahu betapa enaknya makan bubur beramai-ramai. Selama ini aku cerita aje kat mama keseronokan makan bubur yang aku masak. Anak-anak saudara menguasai kolam mandi dengan teriakan dan jeritan gembira. Pendek kata, semuanya happy dan aku pun afdal rasa happy.

Buat rakan-rakan, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Salam Merdeka aku ucapkan…maafkan kegagalan membalas SMS/FB/Twitter dan lain-lain medium ucap selamat kerana masa aku padat bersama keluarga.

Buat suami tersayang, terima kasih atas kad raya surprise..Saya sayangkan awak seperti gandum yang penuh diladang dan bintang yang bertaburan dilangit..

p/s: Jurukamera Multimedia, Anip Ngiring kembali ke rahmatullah..Takziah buat keluarga beliau dan rakan-rakan di Unit Multimedia..

 

Senarai Semak Hari Raya

1. Mandi Sunat Hari Raya..
2. Sembahyang raya
3. Ziarah kubur arwah abah yang amat dirindui..
4. Sessi salam raya dan merayu Hadi maafkan dosa dunia akhirat
5. Sarapan pagi dgn membaham nasi impit,rendang dan kuah kacang mama yg subhanallah sedap sungguh.
6. Raya dan reunion Zabarian kat rumah Areen.
7. Packing baju dan barang-barang untuk pergi Cherating.
8.Pergi Cherating!
9. Mandi kolam-mandi laut-makan-mandi kolam-mandi laut-makan
10. Acara bebas
-sessi membalas sms
-load gambar dalam Facebook
-update blog
-agenda lain yang munasabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...