American Horror Story:Coven Finale

AHS

Semalam baru aku berpeluang menyaksikan American Horror Story: Coven Finale. Hari ini aku membaca review rakan-rakan maya lain. Kebanyakan mengakui itu adalah antara finale terbaik yang mereka lihat. Francais FX tersenyum lebar kerana itu adalah episod akhir yang membawa penonton terbanyak ke laman mereka. Selaras itu mereka akan menyambung AHS untuk musim ke-4 dalam tahun ini juga (ya Hadi, kamu boleh senyum..)

Semacam tidak adil aku memberikan komen yang bertalu-talu dalam keadaan aku tidak melakukannya disetiap permulaan episod. Lantakkan aje.. Aku perlukan bahan untuk menulis and here goes…

STEVIE

1. Cerita dimulakan dengan Stevie Nicks-lipsync yang sangat puaka-lagu Seven Wonders. Aku tak berapa gemar sangat Fleetwood Mac, kecuali lagu Dreams. Itu pun sebab dinyanyikan semula dengan baiknya oleh The Corrs. Serasa seperti berada di era 80-an yang sangat remaja, sangat The Goonies dan Monster Squad sangat pembukaan cerita ini. Ya ada sesuatu yang tak kena dengan penataan lampu dan itu turut dirasakan oleh beberapa blogger lain.  Sejujurnya aku lebih suka kalau salah satu daripada watak-watak yang ada menyanyikan semula mana-mana lagu yang dirasakan sesuai, seperti yang pernah dilakukan pada Musim 2.

2. Bila dikhabarkan episod terakhir ialah Seven Wonders, aku sudah membayangkan dalam kepala Misty Day adalah ‘supreme’ yang dijangkakan. Tapi dia mati dalam ujian Descensum. Agak kesian di situ sebab dia ‘tersangkut’ kerana ‘gagal’ ujian membelah katak. Misty Day sayangkan benda bernyawa. So long and good night kau kat situ ya..Tapai kalau dia berjaya macam dah boleh agak pula. Situasi sama apabila Misty Day mati, ramai yang berandaian (aku sebenarnya) yang ‘supreme’ berikutnya ialah Zoey.

the-seven-wonders3

3. Cordelia gagal menghidupkan Misty Day semula. Tapi dia berjaya menghidupkan Zoey. Oklah..ramai sangat yang mati cedera pulak jiwa aku seperti mana yang berlaku dalam Breaking Bad.

4. Aku suka Madison. She’s damn hot.. attitude yang hebat, sedikit cocky, arrogant dan pakej yang lengkap untuk diva wannabe. Agak lucu pada aku bila dalam ujian Descensum Madison bangun dan merungut dia ‘tersangkut’ dalam satu persembahan muzikal The Sound of Music, dan dia bukanlah pelakon utama! Satu sindiran khusus sebenarnya untuk NBC atas kegagalan persembahan muzikal The Sound Of Music terbitan mereka. Sorry ya Carrie Underwood.

tumblr_mwg5m7koDs1s6bxzqo1_r1_500

5. Kemunculan semula Fiona Borgia Vanderheuven Goode, ‘supreme’ asal yang disangka mati dibunuh oleh The Axe adalah antara sesuatu yang dalam jangkaan. Twist yang tidak kuat sangat pada dasarnya. Episod terdahulu digambarkan dia dibunuh oleh kekasihnya, The Axe kerana The Axe merasakan dirinya dipermainkan oleh Fiona. Rupanya itu adalah satu trick/distraction/camouflage (apa jugalah yang sesuai) yang diatur oleh Fiona untuk dia mendapatkan jawapan siapakah ‘the next supreme’ yang bakal menggugat dirinya – yang rupa-rupanya adalah anaknya sendiri – (sia-sia saja kau korek biji mata kau Cordelia). Kesudahannya dia mati dipelukan Cordelia dan berada dalam loop hole neraka Papa Legba. Ini juga sudah aku jangkakan berdasarkan dialog awal The Axe yang mengatakan Fiona sering melakukan perkara yang sama tiap-tiap hari. Agak pelik sebab aku difahamkan perjanjian antara Papa Legba dan Fiona tidak diikat, justeru Fiona tidak terhutang apa-apa dengan Papa Legba. Justeru terperangkapnya Fiona dalam neraka itu seolah tidak adil untuk Fiona. Ngeh…

tumblr_mwg5m7koDs1s6bxzqo1_r1_500

6. Myrtle Snow mohon untuk bakar dirinya. Huh, lantakkan…

d9e46c3f8054579aef0edb9081c07c96

Semuanya telah berakhir…nantikan sahaja musim baharu. Aku yakin ia tetap menyengat seperti musim yang sudah-sudah.

ACM 2013 – Kudos Blake Shelton!

http://youtu.be/DAXIFlv_OhQ

Semalam, berlangsungnya ACM 2013 yang menyaksikan lagu ciptaan Blake Shelton dan isterinya, Miranda Lambert merangkul “Song of The Year dan Single Record of The Year” menerusi lagu Over You, juga nyanyian Miranda Lambert. Blake Shelton yang juga merupakan pengacara majlis bersama Luke Bryan bagaimanapun tewas kepada pasangan pengacaranya untuk anugerah “Entertainer of The Year”. Setakat ini aku belum berkesempatan mendengar muzik Luke Bryan.

Semalam memang hari yang bertuah untuk Miranda Lambert. Dia berjaya mengungguli ” Top Female Vocalist of The Year” menewaskan Taylor Swift, Martina McBride, Kacey Musgraves dan Carrie Underwood.

Menurut twitter Blake Shelton, dia tidak kalah malam itu kerana anugerah yang dia mahukan sebenar-benarnya ialah Song of The Year. Apapun, kudos BS. Hidup #TeamBlake

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...