Ohai, Koh Samui! – Edisi Berjimba dan Makan

Dari puncak viewpoint..

 

Kalau dah berjimba-jimbaan di pulau, tak lengkap jika tidak melihat kawasan dari viewpoint. Mujur kenderaan kami berkuasa tinggi, kalau tak soheh semput. Mencanak nak sampai puncak. Kalau naik motorsikal pun letih tangan memulas. Pemandangan di sini sangat cantik. Di atas ini juga banyak patung-patung yang aku tak sempat baca apa keterangannya. Aku hanya ambil gambar dan bertenang sahaja di sini.

 

Memandangkan dari pagi belum sarapan yang mulia, kami kemudiannya mencari kedai makan halal. Di sini sangat mudah sebab rata-rata penduduk di kawasan Lamai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Makanan wajib aku di sini ialah padrik sotong. Sedap ya amat!

Ohai, nasi padprik!

 

Ikan bakar...kau boleh?

 

Sekali lagi kami meronda di Chaweng. Aku perlu menukar dollar baki di Laos dahulu kepada bhat. Di sini kami mencari satu restoran halal yang menjual burger ala-ala burger bakar. Fareast Restoran nama kedai tu. Aku makan pancake pisang dan burger itu ditapau untuk di makan dalam bilik. Ia sangat sedap walaupun dimakan ketika sejuk 🙂

Banana pancake yummeh!
Cheese sandwich yang marbeles!

 

Petang itu aku tertidur dan sedar-sedar partner aku dah hilang.

“You tidur macam dolphin keletihan” kata beliau dan aku enggan mengulas lanjut.

 

 

Ohai, Koh Samui! – Jom Naik Gajah..

Meh, makan Victoria..

 

Inilah kali pertama aku berpeluang naik gajah. Masa di Angkor Archeological Park dulu teringin nak naik, tapi mahal sangat. Aku tak ingat berapa bayarannya, tapi kategori ok sebagai pengalaman pertama. Sebelum naik gajah, mari kita kasi dia makan dahulu. Gajah di sini ada 5 ekor dan setiap satu mempunyai nama iaitu Victoria, Anita, Linda, Emma dan errr..err..entah apa ntah nama lagi seekor. Victoria ialah gajah yang tertua, berusia 50 tahun. Gajah yang kami naiki namanya Anita, berumur 25 tahun. Kesemua gajah di sini ialah gajah betina dan kesemuanya milik Baan Chang Elephant Trekking.

Panasnya..

 

Kalau berani, sila duduk depan

 

La..la..la..la..la...

 

Agak gayat juga naik gajah nie. Ya, aku risau gajak ini naik minyak. Aku juga risau kalau tiba-tiba gajah ini buat-buat tergolek bila lalu di anak sungai. Tapi aku percaya dengan penjaga gajah yang mengasuh Anita. Dia garang dan yang penting, dia bawa sabit hehehehe..

Dalam hati, aku kasihan dengan semua gajah di sini.. Apa nak buat, sudah takdirnya begitu.

Ohai, Koh Samui! – Pagi Yang Blur-Blur Lipas..

Samui Aquarium Tiger Zoo

 

Pagi itu aku bangun sedikit lewat. Mungkin kerana kepenatan, mungkin juga kerana faktor bilik yang sangat selesa. Tidak pula terasa lapar, mungkin kerana malam itu aku makan sepuas-puasnya. Jadi kami semua hanya makan bekalan roti dan tuna yang dibawa dari Kuala Lumpur. Pagi ini dimulakan dengan meronda kawasan di Lamai. Tempatnya cantik dan sangat tenang. Tidak ramai pelancong melepak di sini. Kalau pun yang ada hanya pelancong matang (veteran/berkeluarga). Tapi keadaan di sini tidak setenang Vang Vieng, Laos.

Cadangan asal mahu pergi memeluk anak harimau, tetapi harga tiketnya mahal. Seorang lebih kurang RM 70. Aku boleh keluar masuk Zoo Negara banyak kali dan memeluk penguin pun. Jadi kami hanya mengambil gambar dan merancang aktiviti seterusnya. Cuaca di sini sangat panas, dan itu membuatkan aku cepat lapar.

Berehat sebentar..

Sembang punya sembang punya sembang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik gajah. Naik gajah??

Roadtrip KL-Koh Samui Yeaaah!

Terasa nak beli satu..

 

Beberapa tahun lepas aku dan seorang sahabat pernah buat kerja gila meronda di selatan Thailand yang pada ketika itu sedang bergolak dengan menaiki kereta. Mujur kami nampak sangat gaya pelancongnya jadi sewaktu sekatan tentera kami dibenarkan melepasi sekatan. Itupun agak menggigil jiwa raga bila “rifle” diacukan dalam kereta. Taubat nasuha aku tak mahu mengulang kerja gila itu lagi.

Tapi bila seorang lagi sabahat menawarkan trip yang sama, cuma masuk ikut Bukit Kayu Hitam, tak boleh tidak aku melonjak mahu pergi. Melihat kondisi kereta sahaja membuatkan aku menjerit keriangan. Dalam hati aku dapat rasa perjalanan kali ini lebih jauh, lebih seronok dan mengujakan. Bertolak kira-kira jam 12.00 malam dan kami sampai di pintu sempadan jam 7.00 pagi. Dari situ kami ke Don Sak dan mengambil feri ke Koh Samui.

Sampai sudah..

 

Selalunya, pelancong akan melepak di Chaweng, tempat yang paling meriah dengan aktiviti malam. Tapi kami semua bermalam di Lamai kerana ia lebih tenang dan senang untuk parking kereta. Itu lebih penting sementelah Chaweng sangat padat dan jalannya kecil. Kami menginap di Lamai Inn 99. Tempatnya cantik, tepi pantai dan murah. Bilik kami berharga RM 130 (peak time) dan esoknya RM 100 (normal rate).

Sudah lebih 16 jam dijalanan, kami daftar masuk untuk berehat dan menyegarkan badan. Malam itu kami makan di Restoran Melayu Samui Seafood. Restoran ini terletak berhampiran dengan Masjid Nurul Ihsan. Memang sedap ya amat! Dua kali kami minta tambah sambal belacan. Mujur orang tak ramai, jadi kami yang semulajadi kelaparan membaham makanan di depan mata tanpa berbasa-basi.

Melayu Samui Seafood
Makanan di sini sangat sedap..

 

Selepas makan, kami meronda di Chaweng. Sangat meriah tempat ini. Simpan sahaja untuk esok. Kami hanya melawat kawasan dan di satu deretan kedai, mata aku terlihat akan satu lukisan perempuan yang sangat cantik. Esok aku mahu beli lukisan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...