Diorang Putus Tunang…So?

Hati retak...

Cinta itu indah..orang kata,aku pun kata. Jiwa segar,muka ada senyum dan rasa melayang-layang macam Casper. Pendek kata cinta tu boleh buat kita terjun bangunan SPRM, sehidup semati minum racun perosak dan lari nikah kat Narathiwat.

Dalam dunia ni, tak semua akan terima nasib yang sama. Cinta dari tadika pun kalau disemai berbelas tahun kemudiannya tak menjadi itu sudah suratan. Berkepit macam takde esok bagimu masa di universiti kesudahannya kahwin dengan orang lain – itu juga suratan. Berkahwin jua adanya dan kemudian pasangan kita bercerai mati, diceraikan atau ghaib pun sudah tertulis dan sebagai manusia yang percaya pada rukun tuhan,carilah hikmah disebaliknya.

Khairul Fahmi,kononnya keeper yang banyak buat awek sasau dengan tunang dia putus. Ally Iskandar dengan tunang dia yang entah siapa tu pun berderai di tengah jalan. Tom MyStarLG yang entah apa lagu popular pun putus jugak-lagi kronik kisahnya. Lagu engkau satu pun aku tak tahu. Kisah-kisah peribadi banyak dibentang. (Oh,please jangan salahkan wartawan sebab kalau artis-artis ni kering hati takĀ  mahu cerita wartawan paling sakit hati pun kasi ruangan pojok aje.)

Bukan diorang aje kasih tak sampai..ramai lagi. Tunang aje pun…Daripada kita “kasihan si polan tu putus tunang nok” baik kita guna balik peribahasa bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor daripada sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian hilang wang hantaran. Ada orang diduga sudah berkahwin tak sempat cicak beranak rumahtangga diorang pun runtuh. Lagi syahdu macam mana tekanan emosi diri sendiri, keluarga dan malu dengan masyarakat. Yang kuat bangkit balik dan mungkin jumpa bahagia. Yang jiwa macam gula-gula kapas aku rasa ada yang meroyan-royan dan tukar orientasi seksual.

Ini zaman Kenal IT suka IT siber sana sini. Cerita putus tunang/cerai/gambar bogel etc dikalangan selebriti semuanya didendang oleh blogger-blogger dan komen kutuks-kutuks tu semua tetap terpelihara dalam arkib. Bayangkan anak-anak diorang google nama mak bapak dan keluar semua cerita-cerita ni, Mental nok…

Give them a rest…beri waktu kita semua rehat juga dari disaji berita kelas sebegini..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...