The Voice Season 6 : Blind Auditions

The Voice - Season 6

Episod 3 dan 4 baru berlalu. Agak lewat aku menulis kerana beberapa hari ini aku menghindarkan diri dari media sosial. Ok abaikan itu. Teruskan kepada keterujaan aku dengan The Voice #TeamBlake dan perebutan untuk mendapatkan bakat terbaik untuk tim masing-masing.

Shakira – agak garang, agresif dan kelakar juga sebenarnya

Usher – lagak kool, lebih kool lebih memikat

Adam – keyakinan yang sangat tinggi

Blake – lebih pada menanti. Tidak membolot sangat. Mungkin belajar dari pengalaman.

Untuk episod 3 dan 4, mereka yang terpilih mewakili #TeamBlake ialah:-

Ryan Whyte Maloney
Ryan Whyte Maloney

 

Sisaundra Lewis
Sisaundra Lewis

 

Megan Ruger
Megan Ruger

 

Lexi Luca
Lexi Luca

 

Audra McLaughlin
Audra McLaughlin

Tinggal 2 episod untuk Blind Auditions..

The Voice Season 6 Premiere

The-Voice-Season6

Mac bermula dengan indah. Setidak-tidaknya untuk aku. Semalam aku berpeluang menonton blok pertama pemilihan rancangan TV paling popular di dunia, The Voice. Selamat kembali kepada Usher dan Shakira. NBC, terima kasih kerana mengekalkan Blake Shelton dan Adam Levine.

Tidak mahu bercerita panjang tentang pemilihan, cukuplah sekadar percakaran untuk merebut seseorang artis itu lebih agresif terutamanya oleh Usher dan Shakira. Adam masih bersifat gentlemen manakala Blake lebih berhati-hati, tidak terlalu gopoh dan menanti dengan selamba. Tapi aku yakin dalam kepala otak dia sudah ada kali bahagi siapa yang akan dicuri dalam battle rounds.

140224_2748205_Jake_Worthington_Audition___Don_t_Close_Your

Slot pertama #TeamBlake diisi oleh Jake Worthington. Ini adalah kali kedua dia mencuba nasib dalam The Voice. Dia menyanyikan lagu “Don’t Close Your Eyes” oleh Keith Whitley. Lagu tu memang best. Secara peribadi aku tak rasa Jake boleh pergi jauh. Dia sekadar boleh nyanyi aje.

noah

Slot kedua #TeamBlake diisi oleh Noah Lis yang menyanyikan lagu klasik lama Me and Mrs Jones. Memang sudah diduga artis seperti ini memang pilihan Blake. Siap sms Michael Buble tu yang sangat tak boleh belah.

Ada 8 lagi slot yang tinggal. Nantikan..

The Voice Season 6

The-Voice-USA-2014-Spoilers-Season-6-Promo

Atas sebab tertentu. aku tak sabar tunggu bulan Mac. Mac pastinya indah dengan program yang aku suka, suasana yang baru dan juga selamat babai kepada Christina Aguilera dan CeeLo Green.

Ohai..aku Team Blake…

“Do you know those fireworks that go off and spell stuff, they said Team Blake”- Blake Shelton.

Joyride bermula dengan Usher dan Christina datang ke set The Voice dan menyaksikan kerusi mereka hilang. Rupanya digunakan oleh Blake dan Adam untuk berjimba di Sochi. Tidak puas hati, Usher dan Shakira menggukan kerusi Blake dan Adam untuk menurut mereka di sana. Maka berjimbaanlah empat jurulatih ini dengan riang.

article-2554846-1B4E8C5700000578-372_634x355

Yup, tak sabar tunggu Mac 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...