Tahniah Peter Dinklage! (Game of Thrones)

Sebagai seorang peminat drama Game Of Thrones, aku turut seronok dgn kemenangan Peter Dinklage dalam Anugerah Emmy. Dia menang kategori Pelakon Pembantu Lelaki. Walaupun seorang kerdil, wataknya dalam GOT sebagai Tyrion yang bedebah dalam drama terbitan HBO akhirnya membuatkan dia semakin dihargai oleh industri di sana.

Peter Dinklage pernah muncul dalam drama Nip Tuck dan dalam 30 Rock. Mungkin banyak lagi,tapi itu antara kemunculan epik yang aku ingat.

Congrats, Peter Dinklage and GOT teams!

Perihal Steve Jobs & Insan Kurniaan Tuhan

Hari ini pengasas Apple, Steve Jobs letak jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) dipercayai ada kaitan dengan masalah kesihatan. Dia akan digantikan dengan Tim Cook. Berikutan itu, saham Apple dilaporkan susut 5.3%. Detik epik seorang Steve Jobs adalah ketika beliau memperkenalkan iPhone dengan cara penyampaian yang bersahaja, dan baju ‘turtle-neck” yang sempoi. 30 Rock menerusi watak Liz Lemon (Tina Fey) turut membahankan detik itu dalam salah satu babak dalam drama popular terbitan NBC.

Detik epik..
Liz Lemon membahan Steve Jobs

Steve Jobs ialah insan kurniaan tuhan pada Apple. Kalau tiada dia, maka Apple diramalkan akan lumpuh untuk satu tempoh yang panjang – sampailah ada pengganti yang sehebat dia. Selama 35 tahun Apple mengubah teknologi dunia rupa-rupanya berpaksikan pada kehebatan dan tempurung kepala seorang Steve Jobs..

Hebat….!

******

Aku menelefon satu kementerian/jabatan/agensi/syarikat dll yang berkaitan untuk menyelesaikan satu masalah yang mengganggu kehidupan berkat sihat aku. Tak kisahlah masalah kerja atau peribadi, nombor itu aku dail dengan harapan menggunung masalah dapat diselesaikan dengan satu panggilan. Lepas satu perbualan yang hangat,aku ringkaskan menjadi begini:-

Anda: Ok, jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini?

Mangkuk Yang Jawab Panggilan : Encik kena telefon balik sebab pegawai yang berkenaan tiada dipejabat.

Anda: Selain dia takkan takde siapa-siapa lain yang boleh bantu saya selesaikan masalah ini?

Mangkuk Yang Jawab Panggilan : Maaf encik. Dia seorang saja yang tahu dan boleh bantu encik.

Anda : Jadi kalau dia mati, saya kena pergi kubur dia ke?

Mangkuk Yang Jawab Panggilan : Errrr…anu…anu….anu….

************************

Hebat! Hanya ada satu manusia yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah rupanya. Maknanya, insan kurniaan tuhan tidak terhad pada Steve Jobs, penceroboh stor kunyit dan Ibrahim Ali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...