Syukur….Syukur Teramat…

I’ve been blessed…
Aku sangat happy hari ini…Gembira tak terkata bercampur sedikit keterharuan dan kesebakan melanda. Mungkin kerana kejayaan mendapatkan tetamu anak yatim dan OKU dalam Selamat Pagi Malaysia Khas Raya raya 3 nanti.Walaupun tak bercuti, pengorbanan ini aku yakini berbaloi! Aku juga berjaya mendapatkan duit raya untuk anak-anak ini, selain memberi Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang tajaan yang insyaallah lumayan..Sedikit sebanyak berkat bantuan itu ada juga amal jariah yang sempat dilaksanakan dalam pada berkhidmat untuk negara…

Mungkin aku setuju, anak yatim kini mewah..tak seperti anak-anak yatim 15 tahun dulu. Banyak dapat duit raya dan keperluan sekolah selain berpeluang makan di hotel dan berjumpa artis serta kenamaan. Kalau tak kerana Ramadhan dan Shawal, rasanya tak siapa pun pedulikan mereka. Oh, bantuan persekolahan sekali sekala dicanang media..

Tapi apalah guna duit berkoyan tanpa insan bergelar ibu dan bapa. Aku sendiri andai diberi peluang memilih, pastinya aku pilih bersama mama dan arwah abah walaupun rezeki dunia tidak semewah mana. Untuk itu aku tak pedulikan sangat berapakah duit raya yang wajar mereka dapat. Kalau banyak, itu rezeki mereka..kalau sikit, aku sedaya upaya top-up. Dan aku yakin dalam minda mereka keberadaan ibubapa lebih bermakna dan membawa kesan berbanding makan malam dengan artis yang tak tentu tegur mereka kalau jumpa di pasar malam, di bawa ke jamuan makan sana dan sini.

Hmmm…apa yang penting sekarang ialah memastikan pengisian program hari itu meninggalkan memori manis untuk semua.

Aku melayang lagi di langit ke-7..bernafas di bumi tuhan….mampir di daerah ini dan jiwa bersarang dengan emosi….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *