RSS

Story of My Life…

August 29

Hari yang aku decide meranduk trafik untuk makan bubur nasi kat Kg Baru, hari itulah kedai buat keputusan untuk tutup.

Bila aku decide untuk beli beg kembara baharu yang affordable dan berwarna oren, yg warna oren itulah mahal nak mampus atau takde warna oren.

Tatkala aku muktamadkan pilihan menggantikan telefon sedia ada kepada jenama yg aku cintai sejak berpuluh tahun dulu, boleh kurang rege hanya RM50 aje. Memang aku pandang ajelah engkau setiap kali keluar masuk kedai telefon dgn hiba yang susah nak aku terangkan.

Mengenangkan stok ubat dah habis dan terpaksa ke farmasi, ubat yang aku nak tak boleh beli rupanya, dan kena pergi hospital juga kalau nak restock.

Seorang demi seorang menunjukkan warna terang dan aku hanya sabar, berdoa dan mohon semuanya menjadi indah kembali seperti dahulu kala, sebelum revolusi berlaku. Apa jadi sebenarnya dengan dunia yang sepatutnya penuh dengan rasa cinta, kasih sayang, belas dan memahami? ?

Dan beberapa malapetaka masa depan yang bakal menyebabkan satu lagi kezultanan bakal musnah. This is scary sebab aku tak tahu apa bakal jadi dan ketidaktahuan itu menakutkan. Konsultan tak bergaji mula menjalankan peranan dan seperti biasa aku akan beku dan melihat sandiwara demi sandiwara secara langsung, eksklusif tetapi tidak terpimpin.

Aku memang sedang mendidik jiwa aku untuk menjadi tabah. Tapi tabah mainan bibir tak sama dengan tabah perlakuan. Sampai satu tahap rasa nak lantakkan aje – tapi tak boleh sebab aku bukan jenama begitu.

Masa inilah yang paling sesuai untuk berlari ke hutan dan belok ke pantai. Biasalah kita manusia, tempatnya salah dan lupa…

Esok hari baharu…Call it a day. Bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat…
#strongatbrokenplaces ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on August 29, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar