Stay At Home!

2 minggu ni memang tempoh yang tak mudah untuk semua orang. Yang biasa bersosial, terus rasa bodoh bila 2-3 jam duduk dirumah tak tahu nak buat apa. Belum masuk┬áragam anak-anak yang tak faham dan sukar bagi kerjasama, mungkin sebab belum matang atau OKU. Nak-nak cuti sekolah so diorang pun ada rasa nak berjalan jumpa tok abah dan tok mama mereka. The struggle is real, guys…aku faham.

Duduklah kat rumah…create aktiviti utk semua ahli keluarga. Baca buku ke, tengok tv ke, whatever. Just jangan biarkan anak-anak keluar dari premis rumah. Gunakan masa ni untuk baiki hubungan korang. Selalu mengadu sangat penat, tak cukup masa untuk keluarga dan bongok-bongok lain. Ada dalam kalangan kita terpaksa berkerja dalam situasi gawat ini. Berhentilah mengeluh..masalah kita tak besar mana. Orang lain menangis-nangis tak dapat peluk keluarga. Yang ada depan mata, bersyukurlah…

It’s not easy for me either. Aku tahan aje bagi tak koyak. Aku dengki orang post gambar makan ramai-ramai satu keluarga. Aku dengki family main saidina dan congkak sama-sama. Aku hanya boleh hantar text madah-madah rindu dan ranap hati bila video call tengok muka anak-anak yang tak faham kenapa aku tak ada di sisi mereka sekarang ni.

Lagi penat bila bekalan air kat rumah ni dah sehari suntuk tak ada. Aku okay lagi…harapnya jangan bekalan elektrik yang terputus.

Memang masa ni rasa nak salahkan semua orang aje…
Yang keluar macam takde apa berlaku.
Yang mengeluh-ngeluh boring tak tahu nak buat apa…
Yang melepak kedai makan…
Yang baru balik dari luar negara…
Yang baru balik majlis kahwin…
Yang baru balik perhimpunan agama…

Korang boleh buat macam tu. Sebab apa? Sebab korang manusia…korang takut. Tapi percayalah…semua orang, termasuk yang aku maksudkan di atas pun takut juga. We are only human.

Biarlah aku salahkan Sajat…kimak betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *