Stalker Suku Masa

726e2ec084638a9c357274a158669e49Ada dekat setahun aku tak singgah kat page kau. Kau pernah cakap entry itu adalah yang terakhir dan engkau tak akan update apa-apa lagi berkaitan duniawi dan insani. Tak guna semua, kata kau. Respond yang kau dapat gambaran jelas mana letaknya pemikiran pembaca dalam memberikan komen tentang sesuatu isu. Emosi semua…nak-nak kalau kau cuit politik yang bukan feveret pembaca tu.

Jiwa kau halus….aku tahu. Masa kau kena tibai dulu pasal satu catatan yang kau tulis, kau marah. Kau mogok..dan kau gibab. Sebab itu kau cakap cukuplah setakat itu. Kau tak mahu lagi dimaki hina di alam maya. Sebenarnya kau tak kisah sangat pun. Tapi bila dah membabit-babit ahli keluarga menyirap jugak darah tu kan…

So itulah..aku stalk engkau. Aku stalk engkau lepas sekian lama. Waah, ada a few entry baharu. Syabas! Kipidap! dungibab!

Itulah aku dah agak. Aku pernah tanya pun kau ni gantung kibod for gud ke hapa?

Kau kata iya..kau malas dah…nyampah!

Aku cakap aku yakin kau akan menulis balik bila semangat kau pulih. Aku yakin, tapi tak konfiden (boleh tak ayat macam ni?) Bila kau dah tak boleh tahan melihat permainan yang berselirat depan mata dan kau takde medium nak lepaskannya sementelah rokok Marlboro Light tu pun terpaksa dicatu-catu pengambilannya.

Itu ajelah..syabas dan tahniah badak. Alang-alang kita sendiri pun hakikatnya tak bertegur di dunia nyata. Di dunia maya pun mengelak-ngelak juga. Sudah berapa tahun kita hidup dengan komunikasi yang okwerd.

Cukuplah kau tahu aku happy kau kembali. Aku tahu kau stalk aku jugak. Tengah menyerongen lettew 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *