Sotong Kicap Ala Diet Konon..

image

Semalam aku lulus urine test tanpa gula utk kali kedua. Berat naik 500g tp pakar pemakanan cakap itu normal sebab aku tukar pola makan. Aku rasa bersalah jugak sebab aku langgar pantang dgn makan ayam 2 ketul. Tp nk wat mcm mana… Makhluk darah AB senarai menu cadangan masuk kategori selera orang kaya.

Jadi hari ini aku masak ikut menu cadangan yakni ‘Sotong Masak Kicap Ala Diet Konon’.

Tengok gambar…lazatkan 🙂

Bahan – Sotong,setengah biji bawang merah,bawang putih sebiji,cili api 3 biji,kicap masin dan halia.

Tumis cili dan bawang putih yg diketuk,bawang merah dan halia dihiris..minyak sikit aje.. Bila bau sudah aduhai,masukkan sotong dan kicap masin. Nak lebih ummph,perah sebiji limau kasturi..

Sedap,mudah dan berkhasiat untuk manusia berdarah AB.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *