SOCIAL DISTANCING…


Assalammualaikum semua…

Untuk tempoh 2 minggu ni aku hanya berkerja dari rumah. Kerja macam biasa, fizikal sahaja tiada di pejabat. Umum tahu aku baru balik dari luar negara. Jadi selamat untuk amalkan social distancing dan self quarantine.

Aku baru sahaja balik dari Hospital Shah Alam untuk buat saringan Covid-19. Tapi disebabkan aku tiada simptom dan negara yang aku kunjungi jatuh bawah kategori low-risk, aku tidak dibenarkan untuk membuat ujian. Kalau dah macam itu arahan yang mereka terima, aku akur sahaja. Aku tak kuasa nak bertekak-tekak my rights bagai-bagai sebab diorang macam aku – menjalankan tugas berdasarkan arahan. Aku pegang itu.

So, semalam semua panik namatey dan start memborong bekalan makanan macam winter is coming. Aku tengok orang post gambar troli pun aku panik beb…sumpah. Tapi apa yang aku beli untuk bertahan 2 minggu ini?

Beras, bawang, cili api, ikan bilis, telur sepapan, sardin 3 tin, mee segera 2 bungkus dan air mineral 5 liter. Tu aje…sebabnya? Aku hidup seorang…nak stock up beriya-iya pun bukannya bela jin. Kalau tak cukup, kedai bukak aje macam biasa dan abang Food Panda setia menerima pesanan. Be considerate guys…ambil hak orang jatuh kategori haram, right.

So, apa aku akan buat 2 minggu ni masih misteri. Korang pun maybe sama. Ada yang nak balik kampung, tapi aku tak boleh. Aku tak dapat jumpa anak-anak sebulan sebab self-quarantine dan self-distancing ini. Sumpah rindu teruk…tapi kesihatan dan kemaslahatan semua orang lebih utama. Aku pasrah Erra Fazira di situ.

Maybe ini peluang untuk aku berehat seperti yang selalu aku mohon pada tuhan.
Mungkin ini peluang aku layan Neflix sampai muntah.
Mungkin ini peluang aku menulis catatan semasa di Pakistan dengan penuh konsentrasi.
Daaaaan…ini peluang aku crash diet untuk dapatkan pinggang kakak Gwen Stefani pasca percutian yang lalu.
Always look at the brighter side…

So guys…doakan kesihatan aku sepanjang 2 minggu bersuluk ini. Kalian semua tidak pernah luput dalam ingatan dalam setiap patah doa yang dipanjatkan. Maafkan segala kesilapan yang aku buat secara sengaja aku tidak. I’m only human…

Setakat itu dulu.
#apabilakakbennymenulis
#supermomyangcengeng
#socialdistancing
#selfquarantine

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *