Soalan Tak Masuk Akal : Otak Lu Kat Mana?

Aku penerbit rancangan…itu semua maklum. Aku bukan pengacara rancangan TV yang saban minggu muka terpancar di kaca TV. Aku hanya insan belakang tabir yang banyak mengendalikan so-call-feeling-celebrity ini sahaja. Jadi dah bermacam-macam ragam pengacara yang aku lalui dan kadang-kadang terima kasih kepada muka-muka mereka yang lawa dan kacak berjaya juga menyembunyikan kesentengan otak yang ada.

Membaca satu artikel di ruangan hiburan (artikel tu ada kat bawah)memang membuat aku geli hati. Satu sebab soalan tu memang bodoh. Dua, pengacara tu memang la kasta bodoh dan ketiga kebodohan itu terpancar secara berbayar kepada penonton. Ini yang membuat aku geli hati sangat-sangat…

”Hampir tersedak Cik Normah sebaik mendengar soalan pertama pengacara wanita itu. Nak tahu apa dia tanya? Malu Cik Normah nak bagi tahu. Boleh dia tanya apakah penyingkiran mereka disebabkan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa? Apa kaitannya?

Jika sekali pun pasangan itu tinggal di kawasan berkenaan, apa kena mengena pertandingan itu dengan tragedi yang berlaku? Lainlah kalau pasangan selebriti itu pergi menari di situ ketika kejadian. Memang patut pun mereka tersingkir kerana tidak sensitif dengan perasaan orang yang sedang bersedih. Tetapi, ini mereka menyertai pertandingan dengan niat untuk beramal lagi. ”

Bodoh celah mananya pengacara tu?

  1. Bukannya pasangan tu menari di kawasan tapak tanah runtuh.
  2. Bukannya pasangan tu menari menyebabkan tanah runtuh.
  3. Apa sentimen pulak pasangan itu disingkirkan sebab rumah diorang dekat dengan tanah runtuh?
  4. Rumah pengacara tu dekat tapak tanah runtuh ke yang membuatkan soalan bangang tu terpacul dari mulut pengacara?

Kalau la aku penerbit masa tu, memang aku dah jerkah-jerkah time-time itu jugak. Kepada pengacara lain, ambil la iktibar dari kes di atas. Nampak simple, tapi yang simple tu boleh menjerat diri. Kalau rasa-rasa malas nak membaca, rentikan nak jadi pengacara. Baiklah jadi controller prompter ajer..

Sumber : Berita Harian

DALAM melayan layu mata Cik Normah gara-gara kepenatan selepas pulang dari satu majlis, sempat juga Cik Normah menekan punat televisyen untuk mengikuti perkembangan terkini dalam dan luar negara. Cik Normah pun mengambil berat hal ehwal semasa tau. Jangan ingat Cik Normah sibuk cari gosip saja. Itu cuma sampingan. Cik Normah juga sentiasa lengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan. Jadi tak mudah Cik Normah tewas dengan pujuk rayu mereka yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan Cik Normah.


Ditemani secangkir teh sejuk, Cik Normah pun menonton satu temu bual bersama pasangan selebriti yang tersingkir dalam satu pertandingan realiti. Hampir tersedak Cik Normah sebaik mendengar soalan pertama pengacara wanita itu. Nak tahu apa dia tanya? Malu Cik Normah nak bagi tahu. Boleh dia tanya apakah penyingkiran mereka disebabkan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa? Apa kaitannya? Jika sekali pun pasangan itu tinggal di kawasan berkenaan, apa kena mengena pertandingan itu dengan tragedi yang berlaku? Lainlah kalau pasangan selebriti itu pergi menari di situ ketika kejadian. Memang patut pun mereka tersingkir kerana tidak sensitif dengan perasaan orang yang sedang bersedih. Tetapi, ini mereka menyertai pertandingan dengan niat untuk beramal lagi.

Sudah berapa kali Cik Normah lihat cara personaliti ini mengendalikan temu bual. Memang menyesakkan dada. Tak tahulah Cik Normah kenapa dia begitu? Apa dia ingat jadi perantara ini hanya untuk mencari glamor?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Soalan Tak Masuk Akal : Otak Lu Kat Mana?”

  1. hurm…otak dia jenis kapasiti rendah gk kot?

    jenis pengacara yang nak glamor, ilmu takat buku lali pun susah nak timba.

    cheer!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *