Tak tahu mana hilangnya perasaan aneh yang ada hampir 7 tahun lalu. Selepas diberikan nombor telefonnya oleh suami yang kebetulan bertemu dia di satu acara di Shah Alam, dengan sedikit teragak-agak panggilan aku layangkan.
Dia angkat..aku cuba bersembang seperti tiada apa terjadi. Sebenar-benarnya aku tak tahu apa yang jadi. Dia antara manusia yang rapat dengan aku dahulu. Tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk menyendiri. Di akhir perbualan ringkas itu aku katakan kita patut bertemu dan melepak bersama jika ada masa.
Malam semalam kami berjumpa…selepas 7 tahun..perubahan masing-masing sangat ketara. Bilakala dia memulakan bicara dengan berseloroh tentang saiz aku kini, aku mula rasakan mungkin ada harapan persahabatan yang malap ini bersinar kembali.
Ia pertemuan pertama selepas 7 tahun. Agak janggal di situ. Mujur suami banyak membantu menyelamatkan ruang-ruang sunyi.
Aku harap itu bukan yang terakhir..
Mungkin ada salah aku dahulu yang mencalar hati dia. Aku minta maaf, kawan 🙁
