SO, AKU ADA DUA ANAK OKU…

 

Sebulan kebelakangan ini, aku tidak aktif sangat dalam media sosial. Awalnya aku terasa macam mahu incommunicado sekejap sebab mood aku lari teruk. Beberapa perihal besar amat mengganggu hidup aku. Kerana itu aku berhenti menulis sekejap. Nak menulis macam mana…asal tulis aku rasa give up dan rasa penat dengan dugaan hidup. Macam hidup aku aje ada dugaan. Hidup orang lain lek-lek aje…

Biasalah tu setan berbisik.

Kisah ni agak panjang sebab berkait-kait. Kalau bosan baca, korang sedekah doa ajelah untuk anak-anak dan aku sekali.

Aku mulakan dengan kisah aku dan Hadi yang banyak konflik hidup. Kitorang agak st?uggle dengan relationship yang ada. Bukan sebab ada orang ketiga, pat nam lapan ni tapi sebab anak-anak. Kami sama-sama penat dan dengan ragam anak-anak, betul-betul drained tenaga kami berdua. Judin satu hal…Eskandar pun menuntut kesabaran kami juga sebab dia selalu kacau barang-barang Judin. Bila masing-masing mula naik darah, komunikasi kami memang tak harmoni langsung.

Bila salah seorang kawan baik Hadi meninggal, dia memang down sangat. Aku pula jenis tak emosi lama-lama. Kami mula bercakap macam laki bini balik dan berjanji untuk baiki diri, ubah gaya hidup. Aku agak konsisten berubah tapi Hadi payah. Dugaan dia banyak.

Satu hari, Eskandar ada appointment hospital dan doktor beritahu dia maybe autisme, macam Judin juga. Masa Judin disahkan autistik, Hadi susah nak terima keputusan tu. Kali ini aku pula koyak teruk. Aku menangis tak henti-henti memikirkan masa depan diorang. Tak cukup seorang, seorang lagi. Ini semua balasan tuhan ke apa? 7 tahun kami tunggu nak ada anak. Bila ada macam ini yang kami dapat???

Hadi banyak tenangkan aku. Banyak kerja-kerja rumah dia yang uruskan sebab aku terus jatuh sakit. Asyik tidur aje lepas balik kerja. Lama-lama aku fikir, sampai bila aku nak sedih-sedih? Aku try bangun balik perlahan-lahan. Kali ini, kami layan Eskandar sama macam Judin. Disebabkan dia istimewa, layanan pun kena macam melayan anak-anak istimewa.

Disebabkan que hospital lama sangat, kami ke NASOM utk dapatkan keputusan pengesahan autisme awal kerana nak atur sekolah untuk dia tahun depan. Korek la duit celah-celah mana ada dan dapatlah kami keputusan itu. Mujur Hadi ada kawan di sana dan kami hanya tunggu seminggu untuk dapatkan tarikh pemeriksaan.

Keputusan yang dinantikan terus keluar. Eskandar tidak autistik tapi dia ada ADHD. Well…tak berapa tenang aku terima semua ni. Sah sudah…aku kini ada 2 anak OKU ….┬áSo, terus kami uruskan kad OKU Eskandar hari itu juga.

Dalam pada itu, pejabat aku nan permai ada mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma dengan kerjasama Institut Jantung Negara. Aku memang nekad untuk check kesihatan sebab aku ni jenis kalau makan, belasah aje sampai nangis-nangis syahdu. So, aku berpuasa seperti yang diminta untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Tanpa dijangka, malam itu Ezzudin meragam teruk. Aku langsung tak cukup tidur dan temankan dia semalaman di ruang tamu sementara Eskandar dan Hadi tidur dalam bilik. Pukul 4 pagi baru dia tidur. Aku sempat lelap 30 minit dan kemudian bingkas bangun bersiap untuk pergi kerja.

Alhamdulillah…kadar gula dan kolesterol ok. Tapi BP aku meroket 163/110! Tanpa prejudis terus dapat referral letter dan aku diminta terus ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Aku jem kejap…Ubat yang doktor bagi aku tak makan-makan lagi. Sudahnya aku bagi salinan slip tu pada bos, dan dia suruh aku balik.

Sampai rumah, aku duduk aje dalam kereta dan bodoh 10 minit kat situ. Sudahnya aku pergi kedai cuci kereta dan minta mereka vakum aje kereta sementara aku termenung menunggu sambil fikir apa nak jadi dengan hidup aku.

Balik rumah, aku makan ubat dan tidur sampai petang. Hadi memang susah hati bila aku mula tak jadi macam orang. Asyik nangis aje…tidur nangis, tengok TV nangis. Aku tak toyak apapun memang air mata aku turun sendiri.

Esoknya aku ke klinik dan bacaan aku makin naik. Terus dpt ubat untuk 10 hari dan aku kena pergi klinik dalam tempoh itu untuk monitor bacaan. Tapi aku rasa bacaan naik sebab aku dah instill rasa panik dalam otak. 167/119!!!

Aku dapat MC tapi aku terus start kereta dan memandu tanpa haluan. Asal tayar golek. Tak lama lepas tu, Abang Zam Ali telefon dan kami bersembang kejap. Barulah aku rasa macam nampak hala tuju dan nekad untuk tak bergantung dengan ubat. Aku amalkan jus Lega sebab nak bancuh sendiri aku takut aku tak lalu makan.

Aku monitor bacaan. Ok la…turun dari 167 ke 138…turun naik ikut keadaan tapi tak tinggi dulu. So memang aku kena betul-betul jaga. Berkat crash diet yang aku buat, berat aku turun 6 kilo dalam masa sebulan. Not bad right…

Esoknya aku nekad bawa anak-anak dan Hadi ke Kuantan. Kami bermalam semalam di Adena Beserah dan aku layan anak-anak mandi kolam sampai mereka penat. Aku nak balas balik masa dan kasih sayang yang kurang aku berikan pada mereka minggu lepas.

Sekarang ni usaha kami ialah mencari sekolah yang boleh didik Eskandar bila dia darjah 1 tahun depan. Kemungkinan besar Hadi akan berhijrah dari KL manakala aku masih memikirkan apa yang terbaik untuk mereka. Mungkin cuti sambung PhD yang terbengkalai atau nomad tiap-tiap minggu.

Minggu ini Hadi bercuti ke Bali dengan rakan-rakannya. Dia perlukan getaway macam itu juga. Mujur aku sudah pandai memandu. Jadi aku boleh uruskan persekolahan anak-anak macam biasa. Sejak mama operation tahun lepas, aku sudah tidak tinggalkan anak-anak dengan dia kalau salah seorang daripada kami berkursus.

Jadi minggu ini aku emotionally ok especially lepas balik bercuti dari JB. Ramai rakan-rakan yang concern and care. Thank you so much..just aku tak larat nak explained condition aku sebab panjang sangat kisahnya. So inilah kisahnya. Terima kasih kerana membaca, terima kasih kerana faham.

#apabilakakbennymenulis
#forevermeansforever
#myautisticson
#myADHDson
#supermomyangcengeng

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *