Skandal Ultraman Terbongkar!

Skandal ultraman terbongkar..Ultraman rebah dipelukan siapa?Gossip akhbar nyamuk ternyata berasaskan kanji!

Patutlah ultraman bila ditanya benarkah ada skandal dengan Utada Hikaru dia tak mengaku..Dengan Kiroro pun macam tu jugak..apatah lagi dengan babe hot dari kumpulan Dendang Ewah Wak Lu, Salmah Solo Lagi.

“Saya hanya sukakan wanita Jepun terakhir..Tak mainlah Minah Salleh ataupun minah negro. Kalau raya saya tak perlu nak baling syiling nak raya kat mana sebab saya memang akan cari gf dari Jepun juga” kata Ultraman ketika ditanya wartawan Minda Pelajar.



Insan bertuah yang berjaya mencuri lampu kelip-kelip di dada ultraman itu ialah seorang penari Kabuki, Shashimi Osyhin. Kalau tak silap, rupa beliau seperti salah seorang penari di Simon Kabaret, Phuket.

Kepada Ultraman, tahniah diucapkan. Kami dari meja jenayah mengharapkan hubungan ini berakhir dengan ikatan tali rafia atau simpul mati. Jenama cat terkemuka dari negara matahari terbit yang dirahsiakan telah sudi menghadiahkan 5 tin cat untuk house warming.

Selamat berbahagia ultraman..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Replies to “Skandal Ultraman Terbongkar!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *