Sim Kad Rosak…

image

Sudah hampir sebulan sebenarnya Blackberry nie meragam. Mula-mula bateri cepat habis. Baru cas penuh pakai tak sampai 10 minit dah tinggal separuh. Bila bukak FB atau Twitter terus gelap. Jadi aku rasa memang baterilah puncanya. Ia telah berkhidmat lebih dua tahun dan sebagai tuan yang kejam, memang aku belasah maksimum penggunaannya.

Bila dah tukar bateri, masalah lain pulak timbul. Memanjang S.O.S. Kalau masa tengah aku online dia buat hal, memang baran aku dibuatnya. Sekali-sekala aku tahankan juga restart balik. Sudahlah restart beri ni azab menunggu. Tapi semalam memang aku dah maksimum amarah. Tengah-tengah aku berurusniaga dengan seorang kenalan dari Canada tiba-tiba line S.O.S sampai 6 kali restart pun tak boleh juga.

Aduh..kesian kawan tu termangu-mangu kenapa aku senyap tengah-tengah rancak trading. Sudahnya aku terpaksa gunakan line Digi seketika dan minta kawan tu tengok dapat ke tidak barang yang kami tukar.

Malam semalam akhirnya aku mengalah juga. Terus minta tuan tabib hantar ke Sunway Piramid dan tukar sim kad. Nasib tak kena bayar,bukan salah aku pun kad tu error.

Nampaknya panjang lagi jodoh aku dengan Blackberry. Kekallah begitu… Ia tergolong dalam kategori harta kecil yang aku ada. Jangan berjangkit masalah lain sudey. Ini satu amaran….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Sim Kad Rosak…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *