Silap Mata Epik Seorang SA Bakar..

image

Masa sekolah rendah di SK Lembah Keramat dari tahun 1988-1993, satu aktiviti wajib selepas minggu peperiksaan akhir tahun ialah pertunjukan silap mata oleh SA Bakar. Beliau,selain pemain silap mata adalah seorang pelakon yang selalu memegang watak jahat. Jadi,kehadiran beliau sangat dinantikan..

6 tahun,aksi silap mata yang sama dibawa. Peliknya walaupun sudah tahu apa yang bakal jadi aku tetap terhibur..Bayaran yang dikenakan pada kami sangat murah. Hanya 50 sen sahaja..

Aku tak pasti dimana beliau sekarang..entah hidup atau mati cerita beliau lama tak didendang di koran tempatan. Mungkin wartawan muda belia pun tak kenal siapa SA Bakar.

Apapun…aku menghargai insan yang membuat zaman kanak-kanak lalu indah. Aku yakin bukan aku sahaja..Beliau kerap ke sekolah-sekolah lain mempamer kehebatannya yang mana pada zaman itu sudah cukup magnificient! Janganlah samakan dgn Blaine, David Copperfield hatta Princess Tanko.

Silap mata SA Bakar antara warna terang zaman itu..terima kasih pak…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Replies to “Silap Mata Epik Seorang SA Bakar..”

  1. salam. s.a bakar sudah meninggal dunia tahun 1997 kalu tdk silap. beliau juga rajin membuat persembahan di sekolah sekitar shah alam, saya masih ingat lagi bagaimana beliau datang bersama kumpulannya ke sekolah saya di sk padang jawa menaiki kereta api dan turun di stesen di situ. dari situ mereka berjalan kaki ke sekolah saya sambil membawa peralatan2 persembahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *