Sihat Balik Blog Ini..

Hampir 3 hari blog ini sakit..Sakit tak boleh log in kerana apa kejadah mak nenek yang dikhabarkan oleh pihak yang arif. Katanya banyak sangat benda-benda mengarut dalam blog aku ini. Apa nak buat..widget itu semua aku taram sebab aku pun bukan reti sangat IT nie. Sayang juga..tapi kecintaan aku pada kelangsungan blog ini lebih bermakna daripada tempelan-tempelan yang menyebabkan blog ini uzur..

Boleh saja aku update dengan handphone..Tapi sejujurnya aku banyak kerja rumah yang perlu disiapkan dan beberapa sesi pembentangan yang menunggu menyebabkan aku berehat sekejap. Cuma jenguk dan melawat kawasan sekitar aje..Hari ini semuanya aman..syukur pembentangan berjalan lancar walaupun aku rasa macam keretapi tak cukup arang aje masa bercakap tadi. Pensyarah pun dan advise mana yang boleh aku baiki untuk masa depan dan aku sumpah lega! Hanya manusia di tangga sahaja tahu betapa susahnya hati semua umat sementara menunggu kelas bermula.

Jadi diwaktu gagak tidur ini aku masih berjaga kerana sudah lama aku tidak menjenguk permainan online yang satu masa dahulu membuatkan aku ketagih. Itu pun aku bukak yang ringan-ringan aje. Aku bangga sebab dah 2 bulan aku tak berladang, membunuh pontianak dan mengejar mafia. Hanya bingo aje sempat aku usik sebab aku nak kumpul kredit harian.

Sementara itu aku sedang mencari ilham untuk melakukan sesuatu yang menyakitkan hati aku pagi Isnin lalu. Apapun keputusan mergastua aku tak peduli. Yang aku tahu aku kena usaha sesuatu untuk mempertahankan apa yang aku percaya.

Mula-mula aku tak faham kenapa..lama-lama aku andaikan lagi besar kereta yang dipakai, lagi bodoh cara pemanduan. Sila aplikasikan mengikut tafsiran sendiri..

Tapi masih dalam hati aku rasa stress….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *