Siaran Langsung ISU : Prestij Mengundang Bencana


ISU Khas : Prestij Mengundang Bencana

Rabu malam Khamis yang lalu, aku menerbitkan rancangan ISU Khas : Prestij Mengundang Bencana yang bersiaran dari Studio 2 RTM. Hanie Hamid menggantikan Shuhaimi sebagai pengacara dan personally aku rasa Hanie boleh jadi perantara untuk isu-isu yang serius. Tapi of course dengan galakan daripada semua pihak..As for me, she nailed it!! Cayalah, adikku..


Golden Voice – Hanie Hamid

Aku yakin, ramai bloggers menulis tentang tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Tapi aku memang malas nak ambik pot. Sebabnya, Highland Towers yang runtuh sekitar 1993 tu pun dekat-dekat dengan kawasan sekarang. Itu kes 15 tahun sudah. Sebagai manusia yang nak hidup lama, aku tak berani nak duduk situ walaupun ditawarkan nilai sebijik banglo RM 1.5 juta.. Jadi mereka yang semulajadi kaya dan insurans nyawa pun ada, terserah anda.

Masa aku tingkatan 3, aku buat kajian sejarah tentang Tragedi Highland Towers. Antara sebab runtuhan dikatakan ada sumber / saliran air bawah tanah yang aktif sebagai salah satu punca membawa pada runtuhan. Ada teori lain yang pelik-pelik, termasuklah kononnya ada libasan ‘naga’ yang menyebabkan kondo itu menyembah bumi. Banyak maksiat pun satu hal jugak – tapi siapalah kita untuk tuding jari mengatakan itu dan ini puncanya..Dan mengatakan balasan tuhan juga bukan aku orangnya mengesahkan antara punca…

Bagi siapa-siapa yang menyaksikan siaran ISU ini, mesti ramai akan tersenyum membaca sms kiriman penonton. Agak sensitif juga but hey, kata nak open. Aku siarkan semuanya dan nilailah sendiri mengikut tinggi akal dan budi.

Apapun, ini bukan kejadian yang terakhir, selagi ada yang sanggup berumah di tepi bukit.
Sekian Sabdaluka kali ini…enjoy the pics..


Tengah sibuk nie…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *