Sherlock Holmes : A Game of Shadows

Dah lama sungguh aku tak tengok wayang. Kesempatan menonton Sherlock Holmes : A Game of Shadows memangnya aku nantikan. Perlu aku nyatakan, aku tak minat sangat dengan Robert Downey Jr dan Jude Law. Aku tengok cerita nie pun sebab 2 tahun lepas aku dah tengok siri yang pertama. Sepatutnya sebelum tengok sambungan cerita ini patut aku tengok yang pertama dulu. Mujur aku ingat-ingat ayam dengan jalan ceritanya, jadi takde la macam lost world bile menonton semalam.

Jalan ceritanya takdelah complicated sangat. Untuk sinopsis, baca ajelah di sini. Tak kuasa aku nak menterjemah masa-masa genting nie.

Secara peribadi, memang puas hati layan cerita nie. Tapi watak Watson lebih menyerlah dari ¬†Holmes. Cerita ini semulajadi lucu dan shot semua cantik gile. Teknik editing yang kemas dan muzik latar yang kena dengan suasana. Cuma kesian watak Adler. Punyalah berjaya selamatkan diri dalam filem terdahulu tapi dalam sequel ini mati kena racun. Sangat simple! Dan ketika Holmes buang sapu tangan Adler kat laut tu,agak touching jugaklah…

Paling tak boleh belah, last scene Holmes menyamar jadi sofa..Sumpah lawak! Hopefully ada sambungan..kalau takde, confirm aku akan ulang tonton filem ini lagi dan lagi dan lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *