Set Katil Queen 600…

Mampu? Mampu?
Mampu? Mampu?

 

Kali terakhir membeli set katil queen adalah pada Disember 2013. Benar, tidaklah lama sangat tapi ia jatuh kategori wajar ditukar. Ia bukan sahaja sudah lusuh, malah kusam, pudar dan syarat-syarat sah lain untuk menghalalkan permintaan aku untuk bercadar baharu. Pada mulanya kami tidaklah tahu sangat tentang pemilihan cadar. Cukup sekadar murah dan cantik. Tapi pelik juga kenapa kalau cadar hotel bukan main lazat tidur, sampai tak mahu bangun rasanya.

Rupa-rupanya, cadar yang selesa mempunyai bilangan ‘thread count’ yang banyak. Berapa banyak, terpulang. Tapi kebiasaannya aku beli sekitar 150-300 sahaja. Sekali lagi, faktor harga dan corak menjadi asas utama. Set terdahulu yang aku beli jujurnya asal ada sahaja konsepnya. Ketika itu kami sangat sesak sebab baharu berpindah rumah. Justeru, yang mana paling murah, itu yang aku sambar. Ia dibeli sekitar harga RM50. Sangat ajaib sebab tak sampai seminggu pakai warna cadar sudah pudar macam sudah 10 kali basuh!

Hendak dijadikan cerita, Jumaat lalu kami ke Setia City Mall. Di sana, kami mengambil kesempatan yang ada untuk mencari cadar. Ya, Rabbi…punyalah mahal. Kalau ‘thread count’ sekitar 600, harganya lebik kurang 1k! Kalau ada diskaun 50% sekali pun tidak mampu untuk aku membelinya. Yang kami minat pula harga lagilah jahanam. Cadar corak harimau  dengan ‘thread count’ melebihi 450 adalah lebih kurang RM450! Menitik airmata 16km di situ.

Tapi kerana corak yang Hadi suka dan selesa, aku mencongak-congak juga. Hadi menolak sebab harganya mahal. Aku setuju..Tapi masih rasa sedih kerana rezeki bukan milik kami untuk cadar harimau itu. Dalam keadaan sekarang memang perlu berhati-hati dalam berbelanja. Belanja bulanan sedikit bertambah sejak Eskandar Dzulkarnain menggunakan susu formula dan mula makan makanan pejal.

Sejak peristiwa itu, beberapa malam aku tak boleh tidur (ceh, ekzejeret giler..) Satu hari, aku membuat carian dalam talian dan akhirnya berkat kesungguhan aku jumpa juga cadar yang aku mahukan. Aku sangat teruja untuk berkongsi cerita ini dengan Hadi.

AK-470x313

‘B, i dah beli cadar…online’

‘Ok..’ dia jawab macam tak berminat.

‘I beli 2 unit. Set cadar tu 600….’ – tak sempat aku sambung dah kena potong dengan agresifnya.

‘600!! Mahalnya…cadar yang lama tu boleh pakai lagi. Kita kena bla..bla..bla…sejauh 15 marhalah dengan kelajuan 350km sejam. Agak-agak aku diam dan muka tidak lagi ada reaksi, dia diam.

‘Dah habis cakap dah? I nak bagitau set cadar tu 600 ‘thread count’ i beli kat Groupon dengan harga RM 99 satu. Lain kali kasilah i cakap habis dulu baru u potong” demikianlah hujah yang dikemukakan.

SM-470x313

Yup, dia senyum. Sebab selalunya set cadar yang kami beli berharga sekitar RM 150 – 300 ‘thread count’ aje pun. Walaupun tak dapat corak harimau, kami tetap bersyukur sebab nak beli set cadar yang selesa tu seolah cita-cita murni dalam hubungan keluarga jugakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Set Katil Queen 600…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *