Semua Tak Sama..

image?

Lama aku pandang skrin nie,sampai nak gelap balik. Pantas aku tekan kekunci beri ia menyala semula. Sudah lama aku nak menulis hal yang ini tapi “hell week” menyebabkan masa terbatas dan aku simpan dulu pokok cerita sampai ada masa yang sesuai untuk menulis. So,pagi inilah kot..sementara mata belum kantuk.

Susah untuk menerima kalau diri kita disamakan dengan orang lain. Nak-nak pula kalau orang itu semulajadi lebih hebat dari kita. Perasaannya seolah-olah kita tak pernah berusaha untuk menjadi bagus atau setidaknya separa dia yang dijadikan contoh itu.

Begitu juga kalau diri kita dijadikan kayu ukur. “Kenapa semua orang tak macam awak?” Kalau semua orang itu sama sifatnya maka dunia akan lebih bahagia! Tiada peperangan,tiada sakit hati dan tiada benci. Tapi ia bukan begitu…

Tiada satu pun manusia yang sama. Setiap orang membawa nilai yang lain,medium pembesaran yang berbeza dan sistem kepercayaan yang tersendiri. Cara mereka melihat dunia pun tidak sama dengan cara kita walaupun pada dasarnya kita berdiri di posisi yang sama..

Pokoknya,semua orang tak sama..

Aku sendiri lain..Cara aku bawak diri pun lain. Dan aku tak sama dengan orang lain dari semua sudut. Pengalaman hidup aku sendiri tak seperti jumlah nombor yang ada pada usia aku. Kalau diingatkan balik aku sendiri tak sangka aku melalui macam-macam episod dalam kehidupan.

Ya,kita senang bila bersama. Kita selesa, gembira dan berbicara dengan terbuka. Kimia itu ada..Tapi yang membuatkan fasa itu bergerak segera dan nyata hanya satu-rasa hormat sesama kita. Kadar respect itu sangat tinggi dan takde apa boleh menggugat ia..

Just cherish every moment. Pilih warna indah. Cari kesamaan sesama kita dan yang lain hanya suratan masa.

Ya,aku lain..aku fokus,aku jujur,aku happy,aku emosi atau aku celaru-semua itu menjadikan aku lain dari makhluk lain. Seperti orang lain aku sendiri mencuba untuk bagus. Aku berasa lebih bagus bila bersama kamu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *