Semput 2….

Temptasi….
Aku bangun tidur agak lewat. Matahari dah meninggi. Kalau tak kerana silau menerusi celah-celah tingkap dah tentu aku terus lena sampai tengahari. Mama nampak happy aku ada di rumah. Dah berapa lama aku tak tidur di rumah pusaka nie. Asyik balik – singgah – balik – singgah aje. Jarang sekali datang dan tidur. Rasanya kali terakhir sebegini yang boleh aku ingat ialah…..tahun lepas!!?? Oh, masa aku baru lepas operation pulak tu. Teruknya aku….masa sakit baru carik mama….

Mama tak masak, sebab dia agak sibuk dengan aktiviti mengaji. So, masa mama tanya aku nak makan apa tengahari, tiba-tiba aku terasa nak makan rendang limpa. Yum…yum…membayangkan pun aku dah lapar. Ditambah dengan nasi panas…pajeri nenas. Mak ai…dari sakit terus sihat. Berbulu aje adik yang dua orang lagi tu melihat mama mencari menu yang aku nak ha..ha…ha…

Syukur hari ini sedikit sihat. Cuma bila aku dah mula start batuk, tanda-tanda nak sakit balik tu macam ada potensi nak datang balik. Mak kawan aku pesan ‘antibiotik yang doktor bagi jangan lupa makan…’ Aku ucap terima kasih aje la sambil senyum sumbing. Kalaulah dia tahu…

Skang masa utk recovery…aku kena berpantang kalau nak baik cepat..huh….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *