Seminggu Sebelum Puasa..

Hari ini, Ahad.
Aku masih dipejabat menanti giliran untuk editing dokumentari khas sempena Hari Wanita. Shooting semua dah selesai..Tinggal editing offline, editing online, mixing dan TX aje. Banyak lagi kena aku buat sebelum aku pangkah doku ini tanda selesai.

Esok, Isnin..
Aku kena sambung surat-menyurat untuk program Ronda-Ronda Ramadhan. Kenapa aku seorang yang terhegeh-hegeh buat semua ini? Kerana aku belum ada pembantu dan aku malas nak mengomel tentangnya…Buat aje dan make sure siap.

Selasa, Rabu dan Khamis…
Aku kena uruskan hal Ronda-Ronda Ramadhan lagi…dan pastikan aku tak lupa untuk arrange untuk Kedah dan Perak…aduh, semakin pelupa walaupun aku tak makan semut 🙂

Jumaat – Rabu Minggu Depan..
Aku shooting…sorry buat kekasih hati kerana tak dapat buka puasa pertama bersama-sama Ramadhan ini. Sorry mama dan adik-adik kerana aku terpaksa outstation..
Sorry kawan-kawan kerana susah nak grab aku untuk lepak-lepak…

Apapun, i lurrrrve my work…aku cintakan kerja ini sesungguhnya 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Seminggu Sebelum Puasa..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *