Semalam Di Shah Alam

Gelas dan hiasan meja kopi yang ringkas, tapi menarik..

Semalam aku berpeluang melawat rumah seorang kawan baik yang baru berpindah rumah. Kebetulan Hadi mahu menziarah kawan beliau yang kehilangan bapa di Meru, jadi aku minta dihantar ke Seksyen 8, Shah Alam. Jadi, dapat juga aku ke rumah kawan itu..

Kami bertemu di Restoran Darul Ehsan…pekena Roti Boom dan segelas Milo Ais. Sempat bercerita kisah pejabat yang sentiasa lucu…hal kerja yang memerlukan kami berganding idea dan hal-hal lain berkaitan kehidupan. Setelah kenyang, barulah aku dibawa ke rumahnya…

Wah….aku terkesima sebentar sebaik sahaja masuk ke rumah beliau. Otak menerawang merata-rata. Dia sudah ada rumah dan kereta sendiri..Tapi apa yang aku ada?

Kami mengisi malam itu dengan menonton filem Take The Lead yang ditayangkan di 8TV. Sambil-menyambil bercerita tentang rumah yang indah itu..


Jeles memang jeles….tapi aku yakin setiap manusia ada rezeki masing-masing 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *