SELAMAT ULANG TAHUN RTM KE-73

 

Aku mencari catatan lama, seandai ada catatan tentang RTM yang aku catatkan khusus pada 1 April. Nyatanya tiada…

Tiada…? Kenapa???

Mustahil tiada cerita. 15 tahun aku usia perkhidmatan aku di bukit Angkasa. Dari satu unit ke satu unit yang lain, KP dan menteri bersilih ganti – takkan tidak aku catatkan kenangan itu pada tanggal 1 April tahun-tahun terdahulu?

Kemudian aku tersedar dan teringat…aku masih lagi mengutip kenangan dan pengalaman. Benar, banyak yang boleh aku tulis tentang pengalaman aku di RTM. Tetapi itu hanyalah sebesar hama untuk aku banggakan.

Banyak lagi yang boleh dan mampu aku sumbangkan. Inilah tempat aku mencari rezeki…ini juga universiti. Boleh saja aku berbangga dengan program-program yang pernah aku terbitkan. Sudah memang jawatannya pun penerbit rancangan. Aku tidak mahu berbesar diri di liga sendiri.

Aku fikir jauh…terlalu jauh. Ada yang boleh aku capai dan ada yang boleh aku idam sambil perhati dari jauh.

Saingan kini bukan seperti 20-30 tahun lalu. Mengenang ristaan silam tak sudah-sudah sampai alpa pecahan kek kita semakin mengecil. Kita perlu relevan, kita harus relevan. Setiap orang ada peranan. Muak aku dengan “sayya tak lamma dah adda pat tawun”. 4 tahun tu 54 minggu x 4! Banyak yang boleh kita sumbangkan. Tak perlu nak tunggu pencen barulah nak tinggalkan sesuatu sebagai legasi.

Buat sekarang!!! Biar kecil, biar tiada nama, biar tiada yang nampak. Kau warganya…Orang boleh cakap apa saja tapi kau tahu diri dan sumbangan kau apa. Lupakan karenah yang melelahkan. Kalau penat, berehat dan bukannya berhenti.

Aku juga pernah penat dan lelah. Tapi dengan manusia. Manusia datang dan pergi. Aku tetap setia di sini. Kalau penat, aku berhenti sekejap. Kemudian aku datang balik…

Aku datang balik macam phoenix bangkit dari abu. Aku abugenkan semua!

Selamat Hari RTM…
#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *